Restoran Kari Kambing 40 Hari Jalan Yong Peng Air Hitam
Glamour restron ni sekarang. Kalau penduduk sekitar Batu Pahat, Segamat, JB, tahu sangatlah restron ni. Kak Ina dah beberapa kali ke sini. Actually, kali pertama Kak Ina makan kat sini lama dah. Masa restron ni provide roti canai kari kambing je lagi. Masa size kedainya pun kecil je lagi. Restron ni boleh dilihat dari atas hiway PLUS arah utara. Kalau nak ke sini, boleh exit Tol Yong Peng atau Tol Air Hitam.
Sekarang, restron ni bukan sahaja menyediakan menu roti canai yang sedap, malah ada nasi arab juga. Ya, pagi-pagi lagi kita dah sarapan nasi arab. Di Johor ni memang unik, kalau di Muar, pagi2 lagi senang2 je nak cari sate.
Restoran ni dibuka seawal 7.30 pagi dan tutup jam 3 petang. Ada kemudahan surau, tandas dan parking yang banyak. Ruang makan juga besar. Samada duduk di kerusi atau bersila. Tapi disebabkan bilangan pengunjung adalah sangat ramai, maka ruang makan sentiasa penuh. Parking juga sehingga di bahu-bahu jalan. Harga makan berpatutan. Cuma air susu kambing segar pelbagai perisa sedikit mahal.
Kalau Tuan/Puan nak datang ke sini, pastikan datang awal pagi ya.
Ada orang kata, 40 hari tu maksudnya40 hari buka, 1 hari tutup. Ce call tanya. |
Setalam ni rm45.. ada kamben & ayam suku... dpt free sirap sejug.. boleh mkn dlm 5 org yg bukan raksaksa.. kalau sepinggan, rm12 je.. |
Ni gambar lama ni, baru2 ni ada datang lagi... |
No comments:
Post a Comment