AsSalam... salam hormat,
U olls dah try ke MRT baru tu? Untuk org yg bekerja di sepanjang laluan MRT mesti bagaikan satu rahmat kan? Boleh lah kalau dah xnak drive, bersesak2 dlm jem.. Naik public transport ni sebenarnya bagus tau:
1 - xyah penat2 drive, tambah2 lagi kalau stuck dlm jem.. tambaaaahh lg kalau drive kereta manual
2 - 'masa lapang'dlm perjlnan tu bolehlah diisi dgn xtvt2 yg mungkin kita kurang peluang nk buat. Contohnya: tulis blog.. eheh! Tah.. apa2 lah.. membaca ke, mengait ke (ada lagi ke org mengait zmn ni)
3 - public transport ni mengajar kita berdisplin.. kalau lambat, tinggal.. tp kalau mrt ni uolls xyah risau.. terlepas, tren belakang akan sampai dlm beberapa minit je.. kalau komuter, terlepas, sila nangis sbb bakal merah punch card anda.. hohoho
4 - body fit. Dgn menaiki tren, kita akan banyak berjln.. turun naik tangga.. baik utk jantung.. 💝
Panjang pulaaa.. dari Kajang ke Muzium Negara, sementara promo ni harganya RM1.90 sehala dewasa. Kanak2 7 tahun ke bawah perchomaa.. sementara promo taw. Esok2 nanti kena bayarlah.. Dan penting untuk tahu: TIKET KENA BELI DEKAT MESIN kecuali utk:
- warga emas
- OKU
- student pun boleh beli di kaunter..
dan; eloklah bawa duit kecil. Buat masa ni syiling, note RM1 dan RM5 je boleh guna. Kalau uolls memang naik tren hari2, boleh lah guna TnG. Kak Ina x periksa pula samada MRT ni ada monthly ticket.
Perjlnan ke Muzium terasa lama juga sbb berhenti di banyak stesen. Tapi x membosankan sbb dpt tgk view bandaraya.. kecuali lepas stesen Maluri (dari arah Kajang), dah start masuk bawah tanah, memang gelap gelita jelah kat luar.
Stesen Muzium Negara mmg terletak di bawah Muzium. Xjalan banyak pun. Maknanya dengan adanya MRT ni Muzium Negara dapat meningkatkan statistik pengunjung. Kali terakhir Kak Ina dtg ke muzium masa sekolah rendah. Barangkali rata2 warga Malaysia pun begitu juga.. Pameran di dlm muzium hampir keseluruhannya berkaitan dengan kependudukan di Malaysia, bermula dari zaman batu dulu (wow) sehinggalah Malaysia hari ini.. Bagus bawa anak2, bagi memperkenalkan sejarah negara...
Kami di muzium sekejap je sbb sampai pun dah dkt pkl 4. Muzium tutup jam 6. Usai solat Asar, kami pun bergerak balik. Plan asal nak naik grab car. Tapi dah stesen pun kat situ je kenapa nak bazir2 duit kan...
Total spent utk trip ni:
- MRT RM9.60
- parking RM5.30
- jajan RM13.90
Sekian sahaja update hari ini. Boleh lah kalau uolls nk masukkan dalam ur nice to visit list. Daaa..