Fooh.. berchenta nak habiskan post vacation kat Sabah ni.. Sebulan dah... Hari ke-4 kami di Kota Kinabalu merupakan ulang tahun kelahiran Naufal yang kelima.. Nampaknya 2,3 tahun ni birthday Naufal aje yang paling special.. Masa 3 tahun, birthday Naufal jatuh hari raya pertama. 4 tahun, ayah ibu buat makan2 sempena raya. Kali ni masa bercuti pula.. Bagi meraikan birthday Naufal, kami ke Tanjung Aru untuk menikmati ABC Gunung Kinbalu yang femes tu. Kek xde, ABC nilah penggantinya...
Woww!! Tingginya ABC.. Lokasinya di First Beach Tanjung Aru. Ada banyak pilihan kedai makan di situ. Tempat ni macam food court. Kedai makan yang ada ABC ni terletak di hujung sekali.. Restoran Pondok Pantai. Harga ABC ni Kak Ina dah lupa dah. Dah lama kan. Rasa dia, pada pandangan Kak Ina, biasa je. Kiranya makan ni untuk dapat pengalaman je semata-mata. Haha.. Orang meja sebelah tu, setinggi ni jugalah baki yang tinggal... diorang makan yang belah bawah je kot. Kami yang 8 dewasa ni pun makan x habis. So, kalau uolls nak betul2 feel makan ABC beli yang kecik2 je dah lah. Hehehe...
Kak Ina nak drop my personal view kat sini. Food court kat sini (tidak merujuk kepada mana-mana kedai makan), pada Kak Ina, x bersih. Jadi pandai-pandailah nk pilih gerai. Toilet kena bayar. Tapi kotornyaaaa... ngan tikus berdansa berzumba. Rasa menyesal datang pun ada. Sorilah, kalau korang nak marah ke apa Kak Ina tulis macam ni... but please take action. Tempat ni dah ada nama, dah masuk tv, masuk skoba. Setengah orang dah masukkan dalam list must visit pun. Nanti kalau ada sesiapa yang dapat penyakit, habis semua kedai kena tutup. Lagi haru...
Apa pun kami enjoy malam tu... & kalau anda ke sini, hala balik @ pergi (malam) boleh singgah dekat Perdana Park.. ada show air pancut warna-warni. Kami x berkesempatan nk singgah sebab hujan. Nampak dari tepi jalan je..
Alhamdulillah.. habis dah post vacation kami ke Sabah... Semoga posts Kak Ina dapat dijadikan rujukan buat yang nak jalan-jalan ke Sabah... Selain daripada tempat-tempat yang kami dah lawat ni, maybe uolls boleh selitkan sekali lawatan ke:
- Muzium Sabah
- Menara Tun Mustapha
- Pasar Basah Sabah blogger kata best (kot2 nak masak sendiri kan)
- Kudat - Tips of Borneo, Borneo yang paling hujung
- Aquarium di UMS
- pantai chantek di Karambunai
dan tempat-tempat yang kami termiss seperti:
- Zoo Lok Kawi
- Monsopiad Cultural Village
Banyak lagi kot tempat menarik... insyaAllah diluaskan rezeki, kami nk pergi belah-belah Sandakan Tawau sana pulak lah... Aminn...
TQ readers (silent readers)... walaupun blog ni sepi tanpa komen, tapi Kak Ina tahu anda ada... Thanks for supporting me!
No comments:
Post a Comment