AsSalam/salam Hormat,
Sorryy... beberapa hari dah x update.. Ok, sambung dari entry lepas..
Selepas meluangkan sedikit masa di Pasar Gaya, kami check in di Promenede Apartment. As mentioned dalam post Sabah yang 1st tu, bilik di Promenede Apartment ni sangatlah spacious. Actually kak Ina nk cari homestay. Supaya xdelah budak2 ni asyik nak melawat bilik Makngah lah, bilik Opah lah.. Since yang jumpa pun xmemenuhi kriteria kami, maka terpaksalah bersetuju dengan apartment ni. Tapi sbb dapat harga murah, oklah, jalaaann... hehe
Selepas rehat2 di hotel (kita panggil hotellah ya.. haha) kami ke Todak Waterfront untuk menikmati ikan bakar. Nyumm nyummeh nyumeehh.. View di sini agak menarik.. waterfront kan.. tapi kami x sempat nak jalan-jalan or posing2 sebab Naufal dan Adnin buat drama sikit. Sob.. & bila dah ada peluang, matahari sudah pun melabuhkan tirai.. biasanya time2 sunset ni Kak Ina x berapa nak sangat 'duduk' terdedah dedah ni. Maksudnya, kalau x berbumbung lah. Sunset, senja kan.. dah nak Maghrib. Kita dengan anak2 kecik ni pegi mana2 pun kena sentiasa beringat. Kang dah mengobak kang, haru!
|
Gambar google jelah yang mampu... haha sayang x dapat ambil gambar kat sini |
Di Todak Waterfront ni terdapat banyak pilihan gerai ikan bakar. Kepelbagaian ikan, udang, sotong dan variati jenis kerang/kepah ni semuanya kelihatan segar. Harga juga di bawah harga pasaran di sini. Antara yang Kak Ina masih ingat, udang, sotong RM4 100g @ RM40 1kg. Ini harga siap masak. Udang galah RM160 1kg. Ikan Kak Ina lupa tapi tak mahal lah.
Kami memilih Gerai Santai Hj Manja dengan menu 1kg sotong celup tepung, 1kg udang goreng butter, 1 ekor blawis (ikan) masak pedas, 1 ekor siakap masak stim, 1 ekor ikan lagi x ingat, 'siput tarik' masak cili, 3 piring sayur goreng dan 3 piring lato (rumpai laut) dan 2 ekor lobster masak buttermilk. Jumlah keseluruhan ialah RM450 (termasuk nasi dan air) atau kalau ditolak dengan lobster tu bersamaan RM300 untuk 9 orang dewasa dan 5 orang kanak2 makan. Oh ya, kami juga dapat 'free gift' sotong kecil seekor dan lobster kecil seekor.
|
Teringin nak makan kepah yang nipis2 tu.. hari tu x order pula |
|
Siput ni nampak cam geli sikit nak makan.. haha |
|
Kerang dia besar2.. sebelah kerang tu siput tarik, kalau nak tahu, cuba search siput gonggong |
|
ni udang lipan, pun x rasa |
|
rasanya kenyal2.. sedap..! i loike! |
|
Rumpai laut.. ada rasa masin2 sikit. |
|
Naisb sempat shot. Sedap.. x sempat apa.. |
|
Ikan blawis.. |
|
dah dapat rasa, puas hati... |
Rumusannya, alhamdulillah makan sedap.. cuma Kak Ina ralat sikit, patutnya hari tu cuba makan makanan yang rare, yang x dapat kat sini... hmm.. xboleh jadi ni.. ni semua alasan nk dtg sini lagi ni... hahaha.. hoccay u olls, dah leleh2 air lio i.. kalau nk pegi sini, makan yang x pernah makan taw.. kalau x nanti balik terkenang2... hahaha....!! Daa..!
No comments:
Post a Comment