Sunday, August 20, 2017

MRT Muzium Negara

AsSalam... salam hormat,

U olls dah try ke MRT baru tu? Untuk org yg bekerja di sepanjang laluan MRT mesti bagaikan satu rahmat kan? Boleh lah kalau dah xnak drive, bersesak2 dlm jem.. Naik public transport ni sebenarnya bagus tau:
1 - xyah penat2 drive, tambah2 lagi kalau stuck dlm jem.. tambaaaahh lg kalau drive kereta manual
2 - 'masa lapang'dlm perjlnan tu bolehlah diisi dgn xtvt2 yg mungkin kita kurang peluang nk buat. Contohnya: tulis blog.. eheh! Tah.. apa2 lah.. membaca ke, mengait ke (ada lagi ke org mengait zmn ni)
3 - public transport ni mengajar kita berdisplin.. kalau lambat, tinggal.. tp kalau mrt ni uolls xyah risau.. terlepas, tren belakang akan sampai dlm beberapa minit je.. kalau komuter, terlepas, sila nangis sbb bakal merah punch card anda.. hohoho
4 - body fit. Dgn menaiki tren, kita akan banyak berjln.. turun naik tangga.. baik utk jantung.. 💝

Panjang pulaaa.. dari Kajang ke Muzium Negara, sementara promo ni harganya RM1.90 sehala dewasa. Kanak2 7 tahun ke bawah perchomaa.. sementara promo taw. Esok2 nanti kena bayarlah.. Dan penting untuk tahu: TIKET KENA BELI DEKAT MESIN kecuali utk:
- warga emas
- OKU
- student pun boleh beli di kaunter..
dan; eloklah bawa duit kecil. Buat masa ni syiling, note RM1 dan RM5 je boleh guna. Kalau uolls memang naik tren hari2, boleh lah guna TnG. Kak Ina x periksa pula samada MRT ni ada monthly ticket.





Perjlnan ke Muzium terasa lama juga sbb berhenti di banyak stesen. Tapi x membosankan sbb dpt tgk view bandaraya.. kecuali lepas stesen Maluri (dari arah Kajang), dah start masuk bawah tanah, memang gelap gelita jelah kat luar.






Stesen Muzium Negara mmg terletak di bawah Muzium. Xjalan banyak pun. Maknanya dengan adanya MRT ni Muzium Negara dapat meningkatkan statistik pengunjung. Kali terakhir Kak Ina dtg ke muzium masa sekolah rendah. Barangkali rata2 warga Malaysia pun begitu juga.. Pameran di dlm muzium hampir keseluruhannya berkaitan dengan kependudukan di Malaysia, bermula dari zaman batu dulu (wow) sehinggalah Malaysia hari ini.. Bagus bawa anak2, bagi memperkenalkan sejarah negara... 

Kami di muzium sekejap je sbb sampai pun dah dkt pkl 4. Muzium tutup jam 6. Usai solat Asar, kami pun bergerak balik. Plan asal nak naik grab car. Tapi dah stesen pun kat situ je kenapa nak bazir2 duit kan... 

Total spent utk trip ni:
- MRT RM9.60
- parking RM5.30
- jajan RM13.90

Sekian sahaja update hari ini. Boleh lah kalau uolls nk masukkan dalam ur nice to visit list. Daaa..

Wednesday, August 16, 2017

Update: Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Saiful

Assalamualaikum... salam hormat,

Mungkin ramai yg dah tahu bahawa Klinik Dr Saiful sudah pun berpindah lokasi. Tidak jauh pun dari lokasi lama.. kalau datang dari arah Bandar Kajang, jumpa 'klinik lama' then jumpa traffic lite. Lepas traficlite tu ada simpang ke arah shop lot sebelah kanan, masuk situ. Bersebelahan dgn Hong Leong Bank kalau x silap Kak Ina.. Waktu operasi klinik adalah seperti di bawah:


Klinik Dr Saiful masih berkongsi dengan Klinik Pakar ENT Dr Isa. Ada sekali tu waktu operasinya.


Interior design juga lebih menarik. Budak2 sukalah kan bedebum bedebam kat gelongsor tu.. 😊


Baru2 ni Fadhal demam.. pakej dgn batuk.. Tu yg dtg ke sini.. dah ke klinik, dah ke KK Chaah, KK Bangi.. ke pakar jugalah ubat terbaiknyaa...

Ok, tu je cerita hari ni.. semoga bermanfaat!

Tuesday, August 15, 2017

Raikan Birthday Naufal di Tanjung Aru

Fooh.. berchenta nak habiskan post vacation kat Sabah ni.. Sebulan dah... Hari ke-4 kami di Kota Kinabalu merupakan ulang tahun kelahiran Naufal yang kelima.. Nampaknya 2,3 tahun ni birthday Naufal aje yang paling special.. Masa 3 tahun, birthday Naufal jatuh hari raya pertama. 4 tahun, ayah ibu buat makan2 sempena raya. Kali ni masa bercuti pula.. Bagi meraikan birthday Naufal, kami ke Tanjung Aru untuk menikmati ABC Gunung Kinbalu yang femes tu. Kek xde, ABC nilah penggantinya... 



Woww!! Tingginya ABC.. Lokasinya di First Beach Tanjung Aru. Ada banyak pilihan kedai makan di situ. Tempat ni macam food court. Kedai makan yang ada ABC ni terletak di hujung sekali.. Restoran Pondok Pantai. Harga ABC ni Kak Ina dah lupa dah. Dah lama kan. Rasa dia, pada pandangan Kak Ina, biasa je. Kiranya makan ni untuk dapat pengalaman je semata-mata. Haha.. Orang meja sebelah tu, setinggi ni jugalah baki yang tinggal... diorang makan yang belah bawah je kot. Kami yang 8 dewasa ni pun makan x habis. So, kalau uolls nak betul2 feel makan ABC beli yang kecik2 je dah lah. Hehehe...

Kak Ina nak drop my personal view kat sini. Food court kat sini (tidak merujuk kepada mana-mana kedai makan), pada Kak Ina, x bersih. Jadi pandai-pandailah nk pilih gerai. Toilet kena bayar. Tapi kotornyaaaa... ngan tikus berdansa berzumba. Rasa menyesal datang pun ada. Sorilah, kalau korang nak marah ke apa Kak Ina tulis macam ni... but please take action. Tempat ni dah ada nama, dah masuk tv, masuk skoba. Setengah orang dah masukkan dalam list must visit pun. Nanti kalau ada sesiapa yang dapat penyakit, habis semua kedai kena tutup. Lagi haru...  

Apa pun kami enjoy malam tu... & kalau anda ke sini, hala balik @ pergi (malam) boleh singgah dekat Perdana Park.. ada show air pancut warna-warni. Kami x berkesempatan nk singgah sebab hujan. Nampak dari tepi jalan je.. 

Alhamdulillah.. habis dah post vacation kami ke Sabah... Semoga posts Kak Ina dapat dijadikan rujukan buat yang nak jalan-jalan ke Sabah... Selain daripada tempat-tempat yang kami dah lawat ni, maybe uolls boleh selitkan sekali lawatan ke:
- Muzium Sabah
- Menara Tun Mustapha
- Pasar Basah Sabah blogger kata best (kot2 nak masak sendiri kan)
- Kudat - Tips of Borneo, Borneo yang paling hujung
- Aquarium di UMS 
- pantai chantek di Karambunai

dan tempat-tempat yang kami termiss seperti:
- Zoo Lok Kawi 
- Monsopiad Cultural Village

Banyak lagi kot tempat menarik... insyaAllah diluaskan rezeki, kami nk pergi belah-belah Sandakan Tawau sana pulak lah... Aminn...

TQ readers (silent readers)... walaupun blog ni sepi tanpa komen, tapi Kak Ina tahu anda ada... Thanks for supporting me!


Monday, August 14, 2017

Signal Hill Kota Kinabalu

Lepas makan ikan bakar, kami singgah sebentar di Signal Hill.. Signal Hill ni ala-ala look out point lah.. Kita dapat lihat pemandangan bandar Kota Kinabalu dari atas bukit. Tahun 2010 dulu kami datang waktu siang. Jika dibandingkan antara pemandangan siang dan malam, Kak Ina prefer pemandangan waktu siang. Nampak jelas bangunan-bangunan.. nampak laut.. ada peluang nampak kapal terbang. Yang baru take off atau yang nak landing. Best. Malam2 ni nampak kerlipan lampu jelah.. Tapi up to individu. Barangkali kalau tengok sunset kat sini chantek!







Tak lama pun kami di Signal Hill. Seriau ibu anak2 dok sandar2 kat palang tu.. Huhu.. 

Kami ke Pasar Malam Kampung Air.. Suasana agak lengang. Xhappening langsung. Haha.. Barangkali ini bukan musim orang berchoti agaknya. Raya kan.. Kat pasar malam ni, brooch pun dijual dengan harga murah. Kak Ina beli sepapan lagi. Dapat RM30 (12 set). Murah sikit dari yang di Pasar Gaya tu, tapi design dia simple je. Umairah dapat beg 1, Umar dapat rehal dan topi. Naufal nak magnet je... Selamattt.. hihihi 

Di pasar malam ni pun sekejap je.. Masing2 dah penat.. Balik bilik semua kebaboommm~~!! Niteee..

Gambar xchantek.. tp ni sekeping je ada sob!

Thursday, August 10, 2017

Ikan Bakar di Kota Kinabalu

AsSalam/salam Hormat,

Sorryy... beberapa hari dah x update.. Ok, sambung dari entry lepas.. 

Selepas meluangkan sedikit masa di Pasar Gaya, kami check in di Promenede Apartment. As mentioned dalam post Sabah yang 1st tu, bilik di Promenede Apartment ni sangatlah spacious. Actually kak Ina nk cari homestay. Supaya xdelah budak2 ni asyik nak melawat bilik Makngah lah, bilik Opah lah.. Since yang jumpa pun xmemenuhi kriteria kami, maka terpaksalah bersetuju dengan apartment ni. Tapi sbb dapat harga murah, oklah, jalaaann... hehe

Selepas rehat2 di hotel (kita panggil hotellah ya.. haha) kami ke Todak Waterfront untuk menikmati ikan bakar. Nyumm nyummeh nyumeehh.. View di sini agak menarik.. waterfront kan.. tapi kami x sempat nak jalan-jalan or posing2 sebab Naufal dan Adnin buat drama sikit. Sob.. & bila dah ada peluang, matahari sudah pun melabuhkan tirai.. biasanya time2 sunset ni Kak Ina x berapa nak sangat 'duduk' terdedah dedah ni. Maksudnya, kalau x berbumbung lah. Sunset, senja kan.. dah nak Maghrib. Kita dengan anak2 kecik ni pegi mana2 pun kena sentiasa beringat. Kang dah mengobak kang, haru!

Gambar google jelah yang mampu... haha sayang x dapat ambil gambar kat sini






Di Todak Waterfront ni terdapat banyak pilihan gerai ikan bakar. Kepelbagaian ikan, udang, sotong dan variati jenis kerang/kepah ni semuanya kelihatan segar. Harga juga di bawah harga pasaran di sini. Antara yang Kak Ina masih ingat, udang, sotong RM4 100g @ RM40 1kg. Ini harga siap masak. Udang galah RM160 1kg. Ikan Kak Ina lupa tapi  tak mahal lah. 

Kami memilih Gerai Santai Hj Manja dengan menu 1kg sotong celup tepung, 1kg udang goreng butter, 1 ekor blawis (ikan) masak pedas, 1 ekor siakap masak stim, 1 ekor ikan lagi x ingat, 'siput tarik' masak cili, 3 piring sayur goreng dan 3 piring lato (rumpai laut) dan 2 ekor lobster masak buttermilk. Jumlah keseluruhan ialah RM450 (termasuk nasi dan air) atau kalau ditolak dengan lobster tu bersamaan RM300 untuk 9 orang dewasa dan 5 orang kanak2 makan. Oh ya, kami juga dapat 'free gift' sotong kecil seekor dan lobster kecil seekor.

Teringin nak makan kepah yang nipis2 tu.. hari tu x order pula

Siput ni nampak cam geli sikit nak makan.. haha

Kerang dia besar2.. sebelah kerang tu siput tarik, kalau nak tahu, cuba search siput gonggong 


ni udang lipan, pun x rasa





rasanya kenyal2.. sedap..! i loike!

Rumpai laut.. ada rasa masin2 sikit.

Naisb sempat shot. Sedap.. x sempat apa..

Ikan blawis..

dah dapat rasa, puas hati... 

 
Rumusannya, alhamdulillah makan sedap.. cuma Kak Ina ralat sikit, patutnya hari tu cuba makan makanan yang rare, yang x dapat kat sini... hmm.. xboleh jadi ni.. ni semua alasan nk dtg sini lagi ni... hahaha.. hoccay u olls, dah leleh2 air lio i.. kalau nk pegi sini, makan yang x pernah makan taw.. kalau x nanti balik terkenang2... hahaha....!! Daa..!

Tuesday, August 1, 2017

Pasar Gaya Kota Kinabalu

Pasar Gaya dibuka pada setiap hari Ahad, dari pagi sehingga jam 2 petang. Pasar Gaya ni bukanlah pasar di dalam satu building, sebaliknya pasar ala-ala pasar malam tu, yang dibuka di sepanjang Jalan Gaya. Macam2 ada dijual di sini. Daripada souvenir, makanan, pakaian, haiwan pun ada... macam-macam adalah. Kalau anda nak beli souvenir banyak-banyak nak hadiah kat opismate, cikgu sekolah agama, cikgu sekolah kebangsaan, kawan2 anak2 yang seramai 5 orang tu, adik beradik, makcik pakcik.. haa memang sinilah tempatnya.. dah lah macam-macam ada, harga pun jauh lebih murah... 

Plan asal nak singgah Masjid Bandaraya (Masjid Terapung), nak solat kat sini... Nak kejar Pasar Gaya punya pasal... Astagfirullah.. 


Kami agak frust sebab sampai ke sini dah menghampiri jam 1 tengahari. Ingatkan ada lah 1 jam masa nak round.. rupanya pukul 1 tu ramai peniaga dah start berkemas.. sedih... tapi sempat jugalah Kak Ina beli 1 box brooch.. Kat sini, Kak Ina dapat 1 box (12pcs) dengan harga RM35. Kalau bukan di sini, 1 box paling murah Kak Ina dapat tawar pun RM50. Hishh sepatutnya Kak Ina beli je 2,3 boxes hari tu... Nyesall! Anak-anak dapatlah jam tangan sorang 1 dan girls dapat gelang sorang 1. Ok, murah, murah juga. But please choose wisely... Jam tangan diorang, GShock kunun, belum sempat apa dah cabut tangkai.. mahal pulak tuh. So, pada Kak Ina, kalau barang-barang yang 'branded' yang dijual murah ni xyah laa.. tiada jaminan lah ceritanya... 

Ni contoh brooch 1 box, 12pcs. Banyak yang chantek2.. 
  

Kura-kura yang Umairah pegang tu akhirnya menetap di BBBangi.. haha 




Gelang ada macam2 harga. Chantek sikit, mahal sikitlah kan... yang simple 3 RM10 pun dapat.
So, kalau u'olls nak jalan ke Sabah, trylah susun jadual supaya hari Ahad tu ada di KK. dari pagi sampai tenghari tu setkan program untuk spend time di Pasar Gaya je. Serius best.. Kalau xnak shopping sekali pun, pegi juga... window shopping.. Kak Ina tahu best sbb dulu dah pernah pegi sekali. Tak caya gi google image: "pasar gaya kota kinabalu" .. Dlm entry lepas Kak Ina ada bagitau beli souvenir kat Pekan Nabalu murah kan.. kalau x sempat shopping kat sana, shoppinglah kat sini... 

Hoccay, tamat entry Pasar Gaya... jom lah kita check in.. Penat dah haaa~~!! See yaaa guys!

Kundasang War Memorial

Assalamualaikum.. salam hormat,

Sori readers, lama pula break..

Kundasang Memorial War, destinasi kami pagi hari ketiga ini sebelum meninggalkan Kundasang. Alhamdulillah cuaca hari ni menarik.. Tak hujan macam smlm. Kalau pegi Dairy Farm mesti best. Tapi xkan nak ke sana lagi kan, lari pula jadual kami nanti. 

Memorial War ni senang je nak cari. Betul2 di tengah2 Pekan Kundasang. Dekat dengan bulatan kubis.. Ada dua bulatan kubis kat sini, Kak Ina x ingat yang mana satu.. tapi insyaAllah senang saja bahh..

Terlupa pula nak turun posing2 kat sini.. 


berbcgroundkan gunung kinabalu (dlm kabus) 
Masuk tempat ni kena caj, xmahal pun, RM2 je. Kat dalam ni chantek sangat. Ala-ala Inggeris gitew. Gambar Kak Ina x banyak sangat, bila google balik rasa cam nyesal x snap bnyk2.. hihi.. Entrance dia simple je.. kalau orang lalu lalang tanpa mengetahui mana gayanya pemandangan kat dalam ni memang x attract nak masuk kot. Tambah2 pula bila baca 'war memorial' tu kan.. Rege tiket pun pampang pakai kertas A4 tulisan tangan je. :D




Lepas bayar tiket kena mendaki. Xdelah jauh. Tapi kalau makcik pakcik yang sakit kaki tu memang tambah sakitlah kakinya tu nanti.. eheh
Kundasang War Memorial ni sebenarnya satu tempat peringatan buat lebih 2000 orang tentera2 Australia dan British yang telah meninggal dunia sewaktu menjadi buruh paksa kepada tentera Jepun pada sekitar tahun 1944 - 1945 di antara Sandakan dan Ranau. Hmm.. ce bayangkan, tentera, seorang yang pastinya gagah tubuh badan, menjadi buruh paksa.. Mesti kena tortured cukup2... Tah macam manalah bentuk penyeksaan pada diorang ni kan.. Ishhkk

For more info boleh baca kat sini


Tempat ni dulu x chantek pun, Terbiar begitu je. Tapi telah dipulihara semula dan menjadi satu tempat peringatan yang indah... 




Sbnrnya nak shoot dengan puncak Kinabalu kat belakang.. tapi kalau beralih dari tempat duduk ni memang x dapatlah nk duduk selonggok balik.. haha 


Dapat juga family potrait kat Sabah...walaupun x proper, boleh laaahh





Di sebelah bawah War Memorial ni, dekat luar... ada shoplot... ada kedai makan jual sayap ayam (chicken wings).. Must try... sedaaapp sangat.. Seriously sedap, kenapa kat sini xde orang jual chicken wings sedap macam tuuu??? RM1.80/pcs. Masa tu Kak Ina pesan je kat Abg Din minta tolong belikan, nak rasa sbb ramai blogger ckp sedap. Abg Din beli ciput je dia kata takut tak sedap.. Ahh pengsan, makan berebut, sampai jilat2 jari... Hahahah.. siapa yang suka chicken wings tu belilah at least 2,3 ketul untuk sorang makan ya.. Supaya tiada pergaduhan rebut2 sayap ayam..

Ni haa.. video Akak Travel dibawakan khas oleh Siakap Keli, pasal sayap ayam Kundasang.. oh nyumeehh

 


Ok.. x boleh lama2 sangat kat sini.. sebab kami nak kejar Pasar Gaya... Kalau tuan/puan ada perancangan ke Sabah, cubalah try test susun jadual tu supaya hari Ahad tu anda berada di KK... Sebab hari Ahad ada Pasar Gaya... Pasar Gaya ni wajib pegi!!! Jom, jom gerakkk cepat.. Kita pegi Pasar Gayaaa...

Bye Kundasang... Bye Ranau. Sob, sob..~~!!