Monday, May 22, 2017

Taman Burung Kuala Lumpur

Assalamualaikum... morning readerssss (wahh panjang s macam beribu readers dia.. haha)


Cuti sekolah lepas, bulan 3, kami ke Taman Burung KL. Plan asal nak pegi Taman Rama-Rama je... murah sikit. Pusing-pusing kat luar kawasan Taman Rama-Rama tu xde parking pula.. Parking lot kat Taman Rama-Rama x banyak.. cukup untuk x sampai 20 buah kereta pun.. 2,3 kali pusing akhirnya terlajak ke Taman Burung. Parking space di Taman Burung luas. Banyak lot. Bas pun boleh masuk. Dah sampai Taman Burung, anak-anak merengeklah nak masuk. Ibu dan ayah keberatan juga pada awalnya, sebab tiket Taman Burung agak costly. Maklumlah kami kan ramai... hehe..



Harga bayaran masuk ke Taman Burung RM27 untuk dewasa dan RM13 untuk kanak-kanak 3-11 tahun... Untuk kami sekeluarga RM106.. Pejam mata jelah. Lagi pun cuti sekolah seminggu langsung x bawa anak-anak ke mana-mana.


Agaknya foreigner quiry perbezaan harga banyak sangat kot.. tu yang harga Malaysian kena buat text. :D






Masuk je ke dalam, kami terus disambut oleh burung 'lovebirds'.. burung-burung bebas berterbangan. Maksudnya kita yang berjalan di dalam sangkar dia. Nama pun 'largest aviary in the world'.. tapi, masih ada juga burung yang diletakkan di dalam sangkar. Agaknya kalau dibiar kat luar, xde peluang kita nak tengok burung-burung tersebut. & barangkali juga burung-burung tu perlukan penjagaan extra.. x pasti, Kak Ina andaikan sahaja.





Kawasan dalam ni dibahagikan kepada beberapa zone. Kalau bawa mak ayah (warga senior) @ anak-anak kecil, Kak ina rasa mungkin x berpeluang nak cover semua zone. Jadi yang ada anak2 kecil tu dinasihatkan bawalah stroller. Kalau x, bila anak penat jalan, mommy @ daddy pula yang penat kena dukung.. :D Peta kat bawah ni nampak mcm dekat je satu tempat ke tempat yang lain tu. Sebenarnya jauuuhhh.. (*kata2 seorang yang x buat exercise)

Kami x sampai pun dekat Bulbul Land (atas kanan) dan Amphitheater (kiri hujung sekali).










Burung-burung yang bersaiz besar sedikit dibiarkan bebas. Jadi masa kita berjalan tu, mungkin kita jalan bersaing-saing dengan burung. Hii Kak Ina seriau juga. Takut kena patuk, Ada seketika tu, Adnin menangis menjerit2. Maka suara yang keluar tu agak nyaring. Dan tiba2 beberapa ekor burung menghampiri kami. Seram pula rasanya. Ntah2 suara nyaring Adnin tu ada maksud dalam bahasa burung kot.. "Mari makan" ke.. "Aku nak bagi hadiah" ke @ "Ada gosip baru ni"... Hahaha.. merepek!

Di Flamingo Pond ada peristiwa kelakar. Kalau yang biasa tgk flamingo, x kisahlah dlm tv ke dekat zoo ke, flamingo kalau berehat kan x bergerak-gerak. Persis burung hiasan pun ada. Jadi, Naufal sangkakan flamingo ni spesies jinak yang boleh diusap-usap macam kucing. Nyaris kena patuk tangan Naufal. Hahaha. lucu bila diingatkan.


Burung nilah yang nak diusap kepalanya tu.. hahaha





Education Station ni best. Kat sini ada kiosk yang menunjukkan perkembangan ayam bermula dari dalam telur sehinggalah menetas. Anak-anak sangkut lama kat sini. Siap ulang 2 kali menonton video tu. 




Tamat sudah sesi lawatan. Fadhal dah penat. Adnin pun dah penat.. Budak-budak bila dah penat mulalah nk buat ragam kan. Sebelum kena ikut dengan burung lagi, elok lah kami beredar dulu. Masa balik tu, x keluar melalui Main Entrance pun. dah x berdaya nak berjalan sampai ke depan. Kami keluar melalui Hornbill Restron dan Gift Shop. Huhu...

Masuk kereta semua flatted. 

Begitulah alkisahnya jalan-jalan di cuti sekolah. Berbaloi x RM106?

Thumbs up!

Wednesday, May 3, 2017

Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Labis

AsSalam....

Masih kisah gigi... tetapi tidak hamil... 

Dekat BBBangi, kalau nk dapatkan rawatan gigi di Klinik Pergigian Kerajaan, alamatnya kena ambil cuti lah. Jadi, kami ke Klinik Pergigian Labis.. Ya Allah seronoknya. Aman damai, dua tiga orang je patients. Plan asal nak cabut gigi Umar je. Alang-alang dah xde orang, periksa gigi 4,4 orang sekali. Gigi anak-anak ni x dinafikan bermasalah semuanya.. Salah ibu ayah lah ni x fokus dalam penjagaan gigi anak-anak. Sebenarnya bukan x gosok gigi. Gosok, 2x sehari. Cuma mungkin cara gosok tu yang x betul. Ibu ayah memang x gosokkan hari2. Kalua time anak2 mandi sendiri, memang semua diorang urus sendirilah.. termasuklah si Adnin yang kecik lagi sebenarnya.. Huuu sob sob.. My bad.

& anak-anak ni sangatlah suka makan sweets. Kalau bagi sebungkus gula-gula tu, sekali hadap je habis semua. 

Jadi, hari tu Umar cabut gigi, Umairah dan Naufal tampal dan Adnin, dokor sekadar dapat tengok bibir yang diketap rapat. Hahaha.. Masa doktor/nurse datang ke taska, diorang minta Adnin dibawa ke klinik untuk sapuan florida. So, doktor klinik cakap, untuk usia Adnin dah x sesuai untuk buat sapuan florida. Caranya, ibu kena jagalah gigi Adnin tu sampai gigi susu dia tanggal. Tapi ibu risau juga, sebab sehingga hari post ni ditulis, salah satu gigi Adnin tu dah start terhakis, tinggal sikit je lagi.. Hmm.. macam risau... kalau nak tunggu gigi kekal dia keluar, mungkin lagi 3,4 tahun.. Maybe ibu kena bawa Adnin jumpa dentist lagi...



Tapi.. menyesalnya x bawa awal-awal sbb skrg klinik kerajaan dah kurangkan subsidi.. huwaa... xboleh berjimba-jimba di klinik gigi lagi...

Lesson learnt, gigi Fadhal nanti kena jaga elok2.. sekarang baru naik 2 batang gigi kacip, & 1 gigi kapak baru nak jengah2 dari gusi.. ;-)






Sakit Gigi Semasa Hamil?

Kak Ina x hamil pun.. ni cerita masa hamil dulu...

Gigi Kak Ina berlubang.. asalnya lubang kecil je.. sebab diabaikan.. lubang menjadi besar.. dan selepas satu ketika, kesakitan mula dirasakan... tetapi Kak Ina pregnant sudah 8 bulan lebih masa tu. Jadi doktor gigi tidak mahu ambil risiko untuk tampal mahupun cabut.

Dah 5x mengandung Kak Ina tertanya-tanya kenapa masa pregnant x boleh tampal gigi atau cabut. Tapi pertanyaan tu sekadar tinggal tanda tanya... Baru ni lah ada usaha nak cari jawapan.

Sebenarnya, wanita hamil tidak boleh cabut gigi pada trimester pertama dan ketiga. Sebab, bila kita cabut gigi, kita akan diberi suntikan bius. Suntikan bius tu yang berbahaya pada kandungan. 

Haaa.. tu jelah research Kak Ina.. dah baca panjang lebar kat facebook Ibu Comel Mengandung tadi, tapi xreti nak huraikan dah...  Haha.. Tataaa~~!!

Tuesday, May 2, 2017

EZ Qurban

Assalamualaikum... Salam Hormat,

Seperti biasa, lama menghilang, tetiba muncul... muncul pun mungkin aktif, mungkin tidak... Dan seperti biasa, bila muncul tu barulah nak coret cerita-cerita lama... keh, keh, keh... x kisah lah...

Hari ni Kak Ina rasa nak cerita tentang EZ Qurban. Tuan/Puan mesti biasa dengar EZ Qurban kan... kat radio IKIM tu kalau petang-petang ada sokmo suara Ustaz Haslin, iklankan EZ Qurban. Tambah-tambah lagi nak masuk Ramadhan ni lagi la.. 

Apa itu EZ Qurban? EZ Qurban ni merupakan satu kaedah bagi membolehkan kita, umat Islam menunaikan ibadah korban dan aqiqah.. Caranya senang sahaja, buka laman web EZ Qurban dan kita cuma daftarkan nama diri sendiri @ anak yang nak berkorban atau dibuat aqiqah. So, bila kita dah daftar, kita perlu buat bayaran secara online untuk haiwan yang kita nak qurbankan/aqiqahkan tu, dan seterusnya pihak EZ Qurban akan membuat korban dan aqiqah di negara-negara terpilih. Negara-negara terpilih tu contohnya, Kambodia, Vietnam, Indonesia dan beberapa negara lagi.

Pengalaman Kak Ina sendiri, kami dah menggunakan perkhidmatan EZ Qurban sebanyak 2x. Untuk aqiqahkan Naufal dan Adnin. Antara faktor kami memilih kaedah ini ialah:

- Kos kambing di negara kita sedikit tinggi.Sekitar RM900 seekor. Dengan EZ Qurban sekitar RM650 seekor. (Kak Ina dah lupa, boleh semak di laman web EZ Qurban)
- Bila nak buat aqiqah sendiri, sudah tentu ada kendurinya. Dan sudah tentulah ada kos untuk kenduri pula. Bukanlah nak berkira, tapi masa kenduri aqiqah Umar dan Umairah dulu pun, kami spent tidak kurang RM3K. Untuk kami yang "pendapatan dan perbelanjaan" seimbang ni memang agak lambatlah nak capai RM3K tu. Hehehe  
- EZ Qurban, sesuai dengan namanya, easy. Bagi butiran & bayaran, selesai. Prosedurnya, selepas selesai ibadah, kita akan menerima 'sijil penyertaan'. Di atas sijil tersebut dinyatakan nama peserta dan lokasi kurban dan aqiqah dibuat. Jadi, kita pasangkanlah niat, selain daripada menjalankan ibadah kurban/aqiqah, dapat juga kita bersedeqah pada umat Islam yang jarang-jarang sekali dapat menjamah daging. 

Alhamdulillah. 4 orang dah selesai aqiqah. Fadhal belum lagi. Atok cakap nk buat kenduri di rumah Atok, nak sekalikan aqiqah Fadhal dan Khayla (sepupu Fadhal). Jadi kami tunggulah dulu. kalau x jadi, EZ Qurban je.. ;-)

Mommies and daddies, kalau pening-pening aqiqah anak x buat lagi. Xyah pening-pening sangat. Biasanya orang pening sebab 2 perkara je:
- sbb kos. Simpan RM100 sebulan, 6,7 bulan selesai dah. 
- sbb mak/ayah suruh buat kenduri rumah mak/ayah, mertua suruh buat kenduri kat rumah mertua.. pilih lah buat kat negara lain. Hihihi... unless anda ada penyelesaian terbaik..

Ok, Selamat menunaikan ibadah aqiqah~~!!    

Sumber google. Ini untuk ibadah korban. Kalau aqiqah, hanya kambing shj. Perasan x adik baju merah tu pegang senarai nama orang yg buat qorban. ;-)

Monday, April 10, 2017

Happy Birthday Umairah

Assalamualaikum...

Dalam entry Family Day Bera, Kak Ina ada cerita tentang sambut birthday Umairah... Tapi kami tak rasa macam celebrate. Sebab masa tu dah agak lewat, dan ayah dah bawa adik-adik balik bilik, tido.. Jadi, kami celebrate sekali lagi, lepas habis waktu sekolah... Bonding katanya. Ringkas je. Dinner di The Grato, Bangi dan diserikan dengan sepotong kek rainbow. Tersenyum-senyum lah dia sebab dapat celebrate 2x. 

"Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami muslimin dan muslimat yang berguna Allah, peliharalah mereka, lindungilah mereka, berikanlah kesihatan tubuh badan untuk mereka, permudahkan urusan mereka, berikan yang terbaik untuk mereka dan jadikanlah kami dan mereka orang-orang yang mendirikan solat."

** Ibu x jumpalah gambar dekat The Grato ni kakak.. Jumpa nanti Ibu update ya... sori kakak!

Saturday, April 8, 2017

Family Day Family Bera

Assalamualaikum / Salam Hormat,

April 2017 yang lalu, keluarga besar sebelah Abah Kak Ina telah merancang untuk mengadakan Family Day. Cerita tentang nak buat FD ni dah lama, dah bertahun2 dah rasanya, tapi tidak juga terlaksana... Sebab, ada 4 level generasi yang terlibat dalam perhimpunan ni. Tu xpe lagi, yang jadi rumitnya begini... Arwah moyang Kak Ina, ada 7 orang anak dari isteri pertama, 4 dari isteri kedua dan 2 dari isteri ketiga. Atok (nenek) Kak Ina sendiri yang merupakan anak sulung mempunyai 6 orang anak. Itu baru cabang yang pertama. Yang kedua? Ketiga? Ketiga-belas? Haha... Nak dapat pengesahan yang nak pegi ke tak pun Allahurabbi.. hahaha... tapi ni semua pengalaman lah. Berkomunikasi dengan tok nenek sedara, pakcik makcik sedara, sedara sepupu, dua pupu, kupu-kupu bagai.. Fooh... ada yang tak pernah bercakap pun... Ha, nak ceritanya, Family Day ni memang bagus diadakan, supaya kita kenal siapa anak beranak kita... 

Dan akhirnya, family day ini berjaya juga diadakan di Kampung Stay Desa Murni, Kerdau, Pahang. Lokasi ni dipilih sebab kebanyakkan ahli keluarga kami tinggal di sekitar Temerloh. Bera.. Jadi dapatlah lebih penyertaan sebab dah cut cost perjalanan mereka di situ. Tips: Biasanya, untuk program kali pertama, kita layankan aje apa permintaan ahli keluarga. Nanti dah rasa, dah best, diorang yang akan request buat kat sana sini, aktiviti itu ini... hehehehe.. Dan lagi satu, Kampung Stay Desa Murni ni ada kolam mandi. Kolam dia besar... wow!

Sedikit review tentang homestay. Ada sebuah banglo 2 tingkat. Di mana setiap tingkat ada 3 ke 4 bilik  macam tu lah... Banglo ni memang luas. Puas hati.. Chalet2 yang lain, ialah rumah kayu yang ada 3 hingga 5 bilik. Pada Kak Ina, biliknya agak kecil. Untuk family 4,5 orang memang x sesuai tido sebilik. Kalau nk bermalam di sini (untuk FD), Kak Ina cadangkan pegi dulu tengok sesuai ke tak.

http://www.kampungstaydesamurni.com/

Tentang catering, kebetulan salah seorang ahli keluarga kami merupakan caterer di daerah tersebut. Jadi soal makan, ditanggung beres. Kos makan x dapat Kak Ina nak ceritakan sebab Kak Ina x incharge part ni. Tapi, kalau nak cari caterer boleh contact no ni: 013-9499452 (Hamzah).

Seperti biasa, agenda Family Day kami, sukaneka, solat berjemaah + tahlil, makan2, tukar2 hadiah dan sambutan birthday April-ian.

Kebetulan pula hari FD ni jatuh pada birthday Umairah. Umairah tumpang tiup kek kat sini jelah... ;-)

Ok, xde apa sangat nak cerita.. enjoy the piccas..~~!! 

Tok Ngah, orang yang bersungguh untuk mengadakan hari keluarga ni

Sedikit penerangan tentang asal usul keluarga Hj Junid.. kita asalnya dari Sumatera ya anak2..

Kuih muih yang banyak tu semuanya sponsored by family members

1st game.. Minum air guna straw bocor
Masukkan air dalam botol guna straw


kutip belon

Birthday Aprilian... Pibesday Kakak

Dia sorang je budak kecik... sian pulak

Tukar-tukar hadiah

Sebelah pagi... senamrobik dulu


Family potrait... ini x sampai separuh dari ahli keluarga pun ni

Pertandingan kopek kulit bawang

Musang berjanggut

penyampaian hadiah... 




Monday, March 20, 2017

Red Wok Restron Bangi

Assalamualaikum... Lama x berblog ni. 
Sibuuuuuukkkkkkk... 
Post ni pembuka 2017 nampaknya... 
Banyak dan peristiwa x tercatat. 
InsyaAllah ada masa Kak Ina post satu persatu ya.. 
Walau pun cerita-cerita lama, kenangan dan peristiwa tu kalau boleh nak diabadikan juga untuk senyuman di hari mendatang. 
& sebagai perkongsian maklumat untuk readers semua...

;-)

Ada satu restron di Bangi yang merupakan salah satu restron pilihan kami.

RED WOK RESTRON.

Terletak di Taman Kajang Impian. Atau kalau x kenal, area sek 7 Bangi.

Ada ala carte, ada steamboat buffet.

Sedap. Thumbsss up! (bnyk s tu.. haha).

Makanan memang sedap2. Tapi, banyak yang pedas2. So, kalau bawa anak2 makesure tanya waiter/waitress lauk apa yang sesuai untuk anak.

Harga, boleh tgk pada gambar.

Ample parking space.

 Ada surau yang selesa. Surau memang point penting kalau nk makan lewat2 petang. 

Toilet yang bersih, Ada aircond gitew. Ok aircond x penting, ceritanya kalau ada aircond tu bayangkanlah ianya bersih.

Lunch hour pun buka, kecuali hari Jumaat, start at 5pm.


Maafkan kualiti gambar x berapa elok.. Ada 3 size hidangan, S, M, L.. mcm baju pula.. yang small tu 3,4 orang pun boleh lagi, kena pula kalau order 3, 4 jenis lauk.. 





Steamboat buffet, dewasa RM30, children (100cm-139cm) RM18. below 99cm foc.. pilihan makanan banyak juga... kami x pernah try lagi..



Call lah kalau nk reserve or kot2 nak bungkus ke..

Ini brocoli with oyster sauce.. sedap, anak2 suka

Siakap seekor macam ni, harga dia dalam RM50. Kalau kerapu mahal sikit. Menu ni: Ikan stim halia. Podeh.. sian anak xpdt makan.. 

Ketam Telur Masin, Yang ni medium size kot.
Boleh la try makan sini. Bangi  ni banyak je kedai makan. Pandai cari, jumpa la yang sedap. Tapi sedap tu kan subjektif. Kena dengan selera, sedaplah jadinya. 

Pada kami, apa yang anak suka, yang anak boleh makan, yang anak kenyang makan, Alhamdulillah, bayar mahal pun xpe,. berbaloi.. ada rezeki lebih, boleh la sekali sekala meraikan keluarga... 

;-)