Sunday, July 10, 2011

Gathering Kawan-kawan Ibu - Vacation Again??

Anak-anak... Ibu kamu ni memang suka berjalan kan... Hehehe...

Hari tu kan, Kak Ina ada terbaca pasal rahsia rumah no 3. Antaranya; penghuni rumah ini sangat suka melancong/bercuti... haha sangat tepat wahai buku.

Seminggu selepas ke Melaka, kami ke Bagan Lalang. Sbnrnya bukanlah nak jalan sangat. Tapi ada gathering dengan kawan-kawan Kak Ina. Dah lama nak buat gathering ni tapi asyik x kesampaian je... Ini pun kira syarat je, sebab aunty Ana xdpt nak bermalam, aunty Maie kena balik pagi2 & aunty Ijan pun kena balik awal gak... Sampai sana pun, derang sampai dah maghrib. Kak Ina anak beranak, sempat jugalah menikmati sunset... ;-)


Cantik kan... ~~!!


Abg Din teringin nak makan ayam golek. So berpicniclah kami senja2 tu... Huhu...


Kelakar tengok gelagat Umairah. ;-)

Anak-anak, kita baca doa makan dulu ya...

Aaammm... suka dia... ;-)


Oh ya, cerita sikit lah pasal bilik. Kot2 ada yang berminat nak bermalam kat sana... Melalui observation, Bagan Lalang ni walaupun xde apa la sangat, pantai pun x berapa cantik... tapi chalet selalu full house. So, kalau rasa2 nak bermalam kat sana, book lah awal. Mungkin tarikan ikan bakar (yang buka waktu malam) menyebabkan chalet2 selalu full house.

Kami menginap di PNK Sepang Resort. Pada Kak Ina, Ok lah. Kadar bayaran, RM110 beserta cagaran kunci RM20. Ada 1 single bed & 1 queen bed. Ada aircond, tv, towel, coffee table, toilet ada water heater. Kettle jug xde. Cuma banyak nyamuk sikit. Memang menjadi kebiasaan Kak Ina bawa ubat nyamuk walau menginap di hotel pun. Tapi dah pasang ubat nyamuk pun macam x jalan je. Rupanya ruang bawah pintu belakang agak luas. Jangankan nyamuk, haiwan besar pun boleh masuk (kak ina membayangkan ulaw je.. huhu). Alternatively, kak ina tutupkan lubang pintu tu dengan alas kaki. Done!








So, sebelah malam, kami pun bergather2 di kedai makan. Alamak, spoil lah malam tu makanannya x berapa sedap. Agaknya orang ramai sangat. Sebelum ni kami pegi makan sedap aje. Hmmm.. keciwa betul.

Kak Ina dan best frens since tingkatan 1.

Ni dah tinggal aunty ijan dan aunty maie je, sbb aunty ana dah balik


Sempat gak berfamily potrait sekeping


Model gigi kapak kata aunty maie.. hehe

InsyaAllah, bila ada peluang, ada rezeki kena buat gathering lain lah... Seronok dapat jumpa kawan2. Tapi x seronok sbb dapat jumpa kejap je.

p/s: Kak Ina tulis ni, supaya bila anak2 dah besar, derang kenal sape kawan2 ibu dan abah diorang.., ;-)

No comments: