Akhir Jun lepas, kami jalan lagi... Hehe, kali ni ke Melaka pulak. Tapi jalan balik hari sahaja, x bermalam kat sana pun. Jalan pun sebab nak bawa nenek, Cik Dila dan Cik Syikin jalan2... ;-) Itu pun x well-planed. Dah pukul 10 pagi, tiba2 Abg Din ajak pegi Melaka. Kelam kabut dibuatnya. Maklumlah bawa budak kecik persiapannya kena serba serbi, serba lengkap...
Kira-kira menjelang waktu makan, kami pun sampai. Dan destinasi pertama kami ialah... Menara Taming Sari..
Kira-kira menjelang waktu makan, kami pun sampai. Dan destinasi pertama kami ialah... Menara Taming Sari..
Menara Taming Sari sebagai simbolik keris Taming Sari. Kalau x silap ketinggiannya adalah 80 meter. Masa hampir sampai ke puncak, tiba2 gondola berhenti berputar dan ada sedikit hentakan. Cuak!! Air cond pun mati. Xkurang 5 minit kami tersangkut kat atas tu. Kesian kat anak2, berpeluh. Bila dah ok, gondola turun dan naik semula. Alhamdulillah, xde jadi apa2 lepas tu...
Ni gambar sebelum naik. Agaknya kalau kejadian stuck tu berlaku sebelum kami naik, mau kami jual tiket agaknya. Haha... Btw, harga tiket standard lah.. RM10 untuk dewasa. Kanak2, Kak Ina x ingat. Sori.. ;-)
Berhadapan Menara Taming Sari, tersedia perkhidmatan beca. Bayaran yang dikenakan RM20 untuk perjalanan kira-kira 20-30 minit. Mula-mula ingat nak naik beca, congak2, 3 beca dah RM60, jalan kaki jelah... Nasib baik jalan kaki, dekat je rupanya nak ke River Cruise. :D Sempat posingkan adik berbackgroundkan beca. Kalau posing dekat2 @ kat atas beca, kena bayar juga, RM2. Zaman sekarang semua nak duit kan... ;-)
Ni dekat replika kapal di Muzium Samudera. Kami x sure apa yang ada kat dalam tu. Masuk tidak percuma. Tapi murah je, RM3 kot.
Dalam boat menyusuri Sg Melaka. Kak Ina & Abg Din pernah naik dah dulu. Tapi xpe, boleh je naik lagi. Kami suka... ;-) Tambang naik boat ni RM10 untuk orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak 2 tahun ke atas. Patutnya Umar kena bayar hari tu, tapi x perasan. Ye lah biasanya 3 tahun ke atas yang kena bayar. Pakcik kaunter pun x tanya...
Di bawah adalah gambar-gambar di sepanjang Sg Melaka. X banyak yang disnap. Mungkin ralit menikmati keindahan...
Di bawah adalah gambar-gambar di sepanjang Sg Melaka. X banyak yang disnap. Mungkin ralit menikmati keindahan...
Dinding-dinding bangunan dimanfaatkan dengan lukisan2 berkisarkan sejarah kesultanan Melayu Melaka...
Replika kincir angin... Telah kak ina ceritakan dalam siri vacation ke Melaka dahulu
Eh habis dah... haha... Lepas jalan2, kami round2 di Dataran Pahlawan Mall dan Mahkota Parade. Abg Din nak usha2 fon baru. Kami yang lain2 ni dah nak pengsan follow dia... Haha... 'Percutian' kami berakhir pada pukul 7 malam. Cik Jul terus ke Segamat, hantar nenek, Cik Dila dan Cik Syikin balik. Manakala kami memecut ke Kajang untuk celebrate beday Iman pada jam 9 malam... Hoho...
No comments:
Post a Comment