Wednesday, July 13, 2011

Tip Travel Bersama Bayi

Hari ni Kak Ina nak bagi tip travel bersama bayi... actually lebih kepada tip barang apa yang perlu dibawa.

Ok, untuk travel yang dekat2 @ jalan2 shopping complex, kenduri kawen dll yang tidak bermalam:

- pampers 3 helai << kena ambil kira baby kencing, biyak dan 1 lagi tu kot termuntah ke, tertumpah ke...
- towel kecil, agak2 size towel good morning tu. atau boleh digantikan dengan kain lampin << tujuannya, kalau biyak, ada la kain nak dilapkan.
- handkerchief << nak buat lap2 makan/minum comot
- baju spare sepasang << usually kak ina tukarkan sebab muntah
- bedak, minyak yuyi size S << ini memang sentiasa ada dalam beg baby
- air masak sebotol
- air masak yang dah isi siap2 dalam botol susu
- air panas << ni depends, biasanya kak ina buat macam ni. kalau betul2 sblm keluar rumah baby dah susu, kak ina akan bawa air dalam flusk kecil. kalau belum susu lagi kak ina isikan air panas siap2 dalam botol susu. Isi lebih dari sukatan biasa, so bila cukup time dia nak susu, suhu air tu ngam2 je bila dah dicampurkan dengan air masak. tapi kalau nak keluar tu ambil masa kurang 3 jam, biasanya kak ina x bawa air panas pun. ;-)
- susu. isi kat dalam bekas partition tu. kalau pegi kedai berdekatan rumah je kak ina x bawa susu. kalau jalan keluar dari mukim, wajib kak ina bawa susu. buatnya jamm ke hape ke, air boleh dicari, susu jangan buat main... hehe
- botol susu jangan dilupa. xde botol haru! hahaha
- kasut, topi... yang mudahnya, ni sentiasa ada dalam kereta je... ;-)

kalau travel yang bermalam, vacation jauh2, balik kg kawasan pedalaman dll boleh la ditambah dengan item di bawah.

- item2 di atas sila up kepada amaun yang bersesuaian. Bawa juga towel besar, stokin, sweater.
- susu... kalau balik kg, kak ina akan bawa susu pack baru (spare) dari sini. Sebabnya, kg abah kak ina setengah jam nak sampai ke pekan terdekat. kampung abg Din pulak, xde brand susu yang Umairah minum.
- makanan bayi. Bergantung pada umur bayi. Kalau baby kecil, boleh bawa makanan dalam botol. Ataupun bawa biskut, roti, lenyek2 dengan air. Maknanya kena lah bawa bekas makan dan sudu. ;-) Boleh juga bawa bubur nasi. Tapi untuk travel jauh takut basi pula. Kalau nak bawa juga, make sure makan di awal perjalanan.
- ubat-ubatan << sila pastikan at least ada ubat batuk, ubat selsema, ubat demam (makan & punggung). Sebelum travel, pegi klinik, jumpa doktor atau beli je ubat. Jangan bawa ubat lama, bawa ubat baru. Picagarinya jangan lupa. Lagi bagus kalau ada termometer. Sebab kalau anak demam kuat, boleh check suhu dan kalau perlu masukkan ubat bontot. Sementara nak mendapat rawatan di klinik berdekatan. Bukan apa, kalau kat kg, biasanya xada klinik yang dekat2 @ buka 24 jam. At least kita dah ada tindakan awal. Tambahan, bawa juga Cool Fever.
- bantal & selimut anak. Kalau rajin bawa comforter sekali.
- mandian bayi. masa anak2 masih baby, kak ina sedikit poyo, besen mandi pun kak ina bawa balik kg. bukan apa, kadang2 kat kg bukannya ada besen yang sesuai untuk mandikan bayi. Kalau ada pun, kot dah guna rendam cili ke. Pedas pulak anak aku... Haha...
- selain barangan bayi: bawa juga ubat nyamuk, plastik bungkus pampers, tisu.. ha... yang ni orang selalu lupa; berus botol bayi... dan yang ni pulak jangankan lupa, memang orang x terfikir nak bawa pun agaknya, sabun basuh botol bayi. Kalau balik kg, xpelah x bawa, kalau tido hotel kan susah. Seelok-eloknya, kalau tido hotel & pegi naik kereta, bawalah sekali bekas untuk isi botol yang dah dibasuh. Nak rendam air panas, xkan nak guna cetong bilik air kan... Oh ya, sebut air panas, kettle jug jangan dilupa (bergantung ke mana anda nak pegi).

banyak kan nak bawa.. tu kira bekalan kalau travel naik kereta. kalau naik flight?

- apa yang x perlu/x sesuai, x payah bawa lah. Contoh: bekas untuk isi botol yang dah dibasuh. Sampai kat destinasi nanti pandai2 lah ikhtiar. Beli bekas murah2 ke.. pandai2 ler.. Xpun bawa la bekas leper sekadar kita nak letak je botol susu tu...
- payung lipat. jangan kata x penting. bayangkan tengah jalan2 tiba2 hujan.. jeng jeng jeng...
- gunakan beg sandang.
- biasanya kalau jalan naik flight, mestilah ke bandar2 besar kan. So pampers x payah ler bawak banyak2... kat sana boleh beli lagi.

owhh.. banyak nya barang nak bawak.. kalau ada lagi yang kak ina terlupa nak taip kat sini, pandai2lah tuan/puan ingat2kan sendiri ya. Tambahan: untuk parents, sila bawa baju spare parents. Kak ina ni dah berapa kali kena muntah satu badan. Memang pengajaran besar jalan x bawa baju spare. :D

Ok, kita bersiaran di lain masa... Daaa...

No comments: