Asalkan letak gambar... hehe |
Alhamdulillah hari ni putera sulung Kak Ina & Abg Din, Muhammad Umar Haikal bin Shamsudin genap berusia 4 tahun. Dan 4 tahun jualah kami suami isteri dah menjalani parenting hood... Ada anak tak semudah kita menyebutnya. Tapi tidak juga susah jika betul dengan caranya. Satu yang mesti kita selalu ingat, anak adalah amanah Allah untuk kita jaga, pelihara dan berikan apa yang sepatutnya kita berikan.
Bermula Umar dilahirkan, Umarlah buah cinta, Umarlah permata hati, Umarlah semuanya... Apatah lagi Umar juga cucu sulung kepada Atok dan Opahnya, sekaligus anak sedara sulung kepada Makngah dan Maksunya... memanglah Umar Si Kesayangan. ;-) Sehinggalah Umairah hadir dan kini Umran.
Ke3,3 buah hati Ibu dan Abah ni macam-macam ragamnya, keletahnya, kerenahnya. Setiap hari kami ketawa dengan kelucuan mereka, bangga dengan kecerdikan mereka & geram dengan kenakalan mereka. Tidak dinafikan, dalam ruang yang sarat dengan kasih-sayang, Umar Umairah x terlepas daripada kemarahan Ibu dan Abah... Kadang-kadang kesal, kadang-kadang mengalir jua air mata selepas melihat wajah polos anak-anak yang tertido dalam kesenduan... Bukankah anak-anak itu kupu-kupu syurga. Bukankah anak-anak itu suci dari dosa. Bukankah anak-anak itu tidak terbeban satu kewajipan pun lagi pada diri mereka...
Mudah-mudahan ulangtahun ke4 kami sebagai Ibu dan Abah akan lebih mematangkan kami dalam mendidik, mengasuh dan membesarkan anak-anak. Ya Allah, Kau penuhilah hati kami dengan rasa kasih sayang, Kau tingkatkanlah lagi sifat kesabaran dan ketabahan pada kami. Kau jauhilah kami daripada kemurkaanMu Ya Allah..
Hepi parenting anniversary abang~~!!
No comments:
Post a Comment