Susulan dari post yang lepas, sudah tentulah pada 14 Januari 2013 baru-baru ini Umar telah berusia 4 tahun. Sekejap je masa berlalu. Dah besar anak ibu dan abah. Perancangan awal, Ibu nak birthday party untuk Umar. Nak jemput sedara mara terdekat & sahabat handai yang dah lama x berjumpa. Tapi x menjadi. Maklumlah bulan 1 setiap tahun macam-macam yuran nak kena bayar. Yang sedia ada pulak kosnya berlebih daripada biasa. Haihhh... Nampaknya ibu kena merancang perbelanjaan dengan lebih teliti lagi.
Tapi bagi merealisasikan juga kehendak Ibu (bukan kehendak Umar), hari Isnin lepas Ibu hantar sebiji kek yang besar ke taska dan 40 bungkusan goody bag. Dalam goody bag tu ibu masukkan air kotak Milo kecik, jajan Tam2, biskut bear, sumi 2 biji dan belon 2pcs. ;-)
Dan di sebelah malamnya pula, Atok, Opah, Makngah, Iman dan Maksu datang meraikan hari jadi Umar. Sukalah dia.. Menu kami malam tu mee & mihun sup, KFC, pulut, kuih-muih, koktail dan tentulah sebiji kek lagi untuk Umar.. Hish, bukan main banyak lagi. Yang nak makannya 6 orang dewasa dan 3 orang kanak-kanak je pun.
Ibu dan abah xbelikan hadiah pun. Hari2 pun kami bagi hadiah untuk anak2.. :D Tapi Makngah belikan Umar set bekal ke sekolah (botol air & bekas makanan). Bukan setakat Umar je dapat, Umairah dan Iman pun dapat juga.. Tahun depan Umran dah besar Umran pun dapat juga.. Haha.. Nasib lah...
Meh kita tengok gambar. Gambar shot guna HTC One. X cantik.. tah pape. Kata 8 megapixel. Semenjak Ibu ada 'handbag' besar ni, jarang sangat dah guna DSLR. Hmm...
Kek ni hantar ke taska. Makngah buat sendiri & makngah sponsor. |
Ni untuk majlis sebelah malam. Pun Makngah sponsor lagi. Haha |
Umairah & Iman dah x sibuk2 nak potong kek sama. Mungkin mereka dan mula memahami. |
Menu malam tersebut. Sampai esoknya makan baru habis. |
No comments:
Post a Comment