Sebenarnya entry ni sepatutnya dah lama tulis, tapi mcm x berahi nak tulis... Dok wahi kata orang Teganu... :D... Tiada unsur blue ya, dialek semata-mata...
Sekitar Sabtu di bulan Disember, Angah (adik Kak Ina) sibuk ajak gi PD. Kak Ina macam malas. Tapi 1 demi 1 sms dihantarnya... "Jom laahhh...", "Siap la cepat...", "Angah booking bilik ni..." macam2 lah.. Dari malas2 tu akhirnya terpergi juga kami... Selain Angah & Iman, Atok dan Opah pun ada sama...
Kat PD kami menginap di Tiara Beach Resort. Bilik Studio - Waterpark View. Harga sewanya RM300++... Tapi sebab kami masuk dalam pakej budak sekolah, dapatlah separuh harga. Haha... Cane boleh jadi budak sekolah? Kebetulan hari tu budak Sekolah Tuanku Jaafar ada vacation kat situ, budak kaunter tu selitkan sekali nama kami... Haha... Bilik ni menyediakan 2 single bed & 1 queen bed & dapat 4 wristband untuk masuk pool. Kalau ikut katil, muat untuk 4 orang. Tapi kalau dirapat2kan katil + bawak toto belebih2 la orang yang boleh diisi.
|
Dari bilik Kak Ina nampak view ni. Masa ni dalam pukul 7++.. Sebesar-besar kolam ni xde orang mandi pun, maybe tido lagi.. @ pool belum bukak lagi? |
|
Dekat hujung deretan katil ni pulak ada pantry + sinki. I LIKE.. infact, VERY LIKE! Senang beb nak basuh2 bekas makan, basuh botol susu, basuh montot umran.. |
|
siap ada mcm 'living hall' kat dalam tu... Tv tu boleh dipusing2 hadap katil @ hadap kerusi kayu tu... *gambar dari website tbc.. |
Of course orang yang paling happy ialah Umar dan Umairah.. Iman xnak mandi sangat. Sebab dia takut buaya.. Haha, ntah citer apa yang dah mempengaruhi kotak fikiran dia... Ibu antara orang yang x berapa nak hepi pasal ibu xdapat mandi, setakat jalan2 di tepian kolam menjadi baywatch xpun stay kat bilik je tgk tv gambar xcantik..
Tu je nak citer... Layan gambar yang xseberapa ni jelah.. Gambar pun x cantik.. pakai henpon je. X kose nak seret DSLR. Mana nak dukung Umran, nak pikul beg lagi...
|
Iman ngan mamanya (Angah) |
|
Love dis pic |
|
Anak dara tu bukan main lagi.. hehe |
No comments:
Post a Comment