Alhamdulillah pada 23-25 Mac yang lepas Keluarga Hj Abdul Rahman (family sebelah abah Kak Ina) sekali lagi berjaya menganjurkan Hari Keluarga yang ke-3. Yang sebenarnya Kak Ina, Abah dan Emak, Angah dan turut membantu Athirah (Maksu) dan Abg Din yang merupakan mastermind family day sepanjang zaman. Apa daaa... Lokasi family day kali ni agak jauh, iaitu di Kuala Terengganu. Dan alhamdulillah, syukur padaNya kerana sepanjang kami di sana, cuaca sangat baik, panas dan tidak hujan apatah lagi banjir. :-)
|
Ni logo kat tshirt kami |
Kak Ina sekeluarga (termasuklah emak, abah, angah dan athirah) bertolak ke Terengganu sehari awal atas urusan majlis pernikahan sepupu kami,
Ammar & Qadri Bayyinah di Kampung Losong, Terengganu. Kiranya faktor inilah menyebabkan kami memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi family day. Killing two birds using a stone! Di sana kami menginap di Rumah Rehat Warisan, Teluk Ketapang yang telah Kak Ina booking seawal bulan Oktober 2012 lagi. Semangat! Sebanyak 11 buah bilik telah kami sewa. InsyaAllah Kak Ina akan buat satu entry khas untuk R
umah Rehat Warisan ni.
|
Ni bilik yang Kak Ina duduk... Ni gambar lama ni. Kak Ina ambil dari sini. Terkini dah ada awning dan lantai tile kat dinding tepi tu... |
Day 1
Program sepatutnya dimulakan dengan acara sukaneka pada jam 5pm. Tetapi kesemua rombongan keluarga kami yang bertolak dari Bera, Pahang telah terlewat sampai akibat terlalu banyak makan langsat dalam perjalanan menyebabkan program tertunda sehingga ke jam 6++ petang. Hehe.. Panjang ayat merapuku. Sungguhpun lewat, aktiviti sukaneka tetap dijalankan dengan penuh ceria dan keriangan.
|
Kepenatan.. tapi kena dengar taklimat dulu |
|
Sambil2 minum petang... Keropok leko dan pisang goreng. Pokcik belanja~~!! |
|
Pokcik belanja lagi.. excited orang berdua tu... |
|
Rojak betik.. Lupa nak rasa... macam sedap... slurppp~~!! |
|
Acara pertama: Sepit pingpong guna chopstick |
|
Tere gak derang ni. Ingatkan xlepas sepit.. :D |
|
Lari guna tempurung kelapa |
|
Sampai pecah2 tempurung pun ada |
|
Lumba makan kopok gete |
|
Sedap rupanya.. Rugi x masuk |
| | | |
Musical chair |
|
Di sebelah malam, kami menjamu selera di Air Buah Pior, Seberang Takir.
Alhamdulillah, tergerak hati Kak Ina pada malam sebelumnya untuk membuat
reservation meja untuk 40 orang. Pengunjung gerai pada malam tersebut
luar biasa ramainya, menyebabkan ada sesetengah air buah rasanya tidak
benar2 pior (pure). Barangkali tukang buat air kelam kabut dengan order
yang terlampau banyak. Kesemua 40 gelas minuman pada malam tersebut
ditaja oleh Tabung Hari Keluarga. Makan bayar sendiri. :D
|
Nak order boleh call no tertera |
|
Sedaaapppnyaaaaaaaaa |
|
Abg Razi & family |
Selesai menjamu selera, kesemua ahli keluarga Kak Ina mencuci mata di Waterfront, Kuala Terengganu. Kak Ina, Abg Din dan anak2 tidak turut serta memandangkan Umar dan Umairah belum selesai makan ketika mereka mula beredar, dan Umran pun sudah tido... Kak Ina tak kisah sangat, sbb kami dah banyak berjalan di sekitar Kuala Terengganu pada percutian yang lepas. Yang penting ahli keluarga yang lain dapat 'cherish the moments'.
|
Kalau Umar Umairah dapat naik ni mesti excited |
Day 2
Disebabkan kesemua 9 acara sukaneka tidak sempat dijalankan pada petang hari pertama, seawal jam 7 pagi lagi kami telah dikejutkan dengan suara Makngah selaku emcee tetap family day menerusi copong (microphone) portable PA system yang baru dibeli Abah. Haha, panjangnya ayat... Sebelum menyambung aktiviti sukaneka yang tertangguh, kami membuat aktiviti memanaskan badan dan poco-poco yang huru-hara. Tokey rumah rehat turut sama menjadi kameraman malah beliau lebih pantas mengupload gambar ke akaun facebook beliau. Haha, sabar jelah pokcik ni. Kepada sape2 yang berkelakuan/berpakaian tidak semenggah tu tangguhlah sendiri, sebab pokcik dah x pilih2 gambar apa yang nak diuploadnya. :D
|
Senam pagi |
|
Semua orang layankan je instructor senam.. haha |
|
Main kumpulan terpanjang |
|
ingatkan supirnda tadi.. haha |
|
Sampai menerap hngko |
|
game kumpulan terpendek |
|
Sampai dukung.. haha |
|
x menang sbb tebal2 belaka.. keh keh keh |
|
Sape kat tengah yang dah xnampak muka tu. Wahahah |
|
Dadu gergasi |
|
Baling belon air |
|
Anak gorila |
|
Gorila kurus |
|
Sedia nak lari |
|
Kikikiki |
|
Anak2.. tgk papa ni... :D |
|
|
|
Selesai acara sukaneka, kami menikmati sarapan pagi nasi dagang ikan aye yang sungguh enak. Wow, marvelous~~!! Sarapan pagi
ditaja
disediakan oleh Rumah Rehat Warisan di mana sebenarnya Kak Ina telah
memohon pakej makan sekali. Ikutkan pokcik rumah rehat x sediakan pakej
makan, tp dari tahun lepas, Kak Ina asyik tanya boleh masak ke x je,
maka pokcik bantulah juga untuk sediakan makanan. Maklumlah masa agak
pack, kalau time2 tu nak sukaneka, nak jalan2, masa bila nak keluar
mengisi perut kan..
|
Sedapnyaaaaaaaaa |
|
Sorang licin dah... Sorang x start lagi |
|
4 pinggan? |
|
Ibu, saya dapat plain water je |
|
Posing sebelum tuko baju |
|
Best! |
So, agenda untuk hari kedua ialah melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man. Di satu kelompok lokasi tersebut, terletaknya Taman Tamadun - 22 monumen masjid dari seluruh dunia, River Cruise, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kak Ina x excited sangat nak masuk ke TTI sbb dah round tahun lepas. Tapi ntah kenapa, terbeli juga tiket pakej TTI + River Cruise. :P Dah la xdapat masuk sesama ahli keluarga yang lain. Terpaksa lah kami berjalan sendiri2 je... Diharap, mereka semua terhibur dan dapat sedikit sebanyak pengetahuan di TTI. Kalau jalan sajee rugi lah bayar mahal2... :D Dan seperti dijangkakan, xpegi pun Masjid Kristal. Muzium Negeri apatah lagi.. dikerling ekor mata je... Masing2 dah penat, memang xnak dah berjalan banyak2 lagi... Tambah2 pulak nak tengok benda2 yang berkait dengan sejarah ni... Kak Ina, Abg Din dan anak2 lagi lah.. lepas ronda di Pulau Wan Man, kami terus balik ke rumah rehat... Yang lain2, singgah ke Pasar Payang dulu...
|
Naik tram je senang.. xyah susah2 jalan.. |
|
2 orang ni memang nak yang lain dari yang lain je |
|
Atok pun nak merasa naik boat juga |
|
Posing dulu sebelum gerak |
|
Atas boat.. jeles kami xdapat naik sama.. |
|
Seronok nampaknya.. |
|
Masjid Kristal |
|
Saya pun nak naik boat ibu.. |
|
Papa yang excited nih |
|
Sampai 2x pusing, tapi x turun pun |
|
xingat dah ni monumen apa dan terletak di negara mana |
|
ni pun lupa dah.. mentang2 kat passport ada maklumat, take advantage betul |
|
Umairah shopping penyu... Ni gambar lepas balik kenduri Ammar & Qadri |
|
Shopping di Bazar Warisan |
Sebenarnya, tentatif hari kedua ni dah lari dah... Sepatutnya lepas balik dari Pulau Wan Man, aktiviti makan ICT di Pantai Teluk Ketapang. Xtahulah diorang pegi ke x... Desas-desusnya ada yang x merasa pun ICT. Kami anak-beranak merasalah jadi pelanggan terawal... Balik rumah rehat terus berdentum sampai ke senja.. Sabar jelah... Sbnrnya cuaca kat sana panas sangat, memang tersejat dibuatnya. Umairah sempat demam... Jadi Kak Ina kena pastikan Umar dan Umran x terjebak sama.
|
Pantai Teluk Ketapang yang sungguh scenic |
|
Kitorang makan kat sini... The price is reasonable compared to gerai yang kitorang makan last year |
Di sebelah malam kami x kemana2. Kami hanya menikmati makan malam di rumah rehat Warisan sahaja. Menu yang pokcik sediakan malam tu nasi putih, kari ayam, telo dada, sayo campo, sambal belacan, ikan masin, ulam2an... meriahnya pokcik... Untuk makluman, baik betul pokcik ni, tetiap kali hidangan makanannya cukup banyak. Kak Ina rasa semua orang sangat kenyang dan puas hati. Boleh makan bertambah2 tanpa perlu risau lauk habis. Jangan x caya, telo dadar pun x habis.. nak bgtau banyak x banyaknya... Patutnya boleh sangat ajak satu family yang menginap kat rumah rehat pokcik tu makan sekali. X terfikir pulak. Selesai makan, ada acara penyampaian hadiah. Dan seterusnya diikuti dengan sesi luahan rasa... Haha... Nak cakap post mortem xlah post mortem sangat. Cuma sesi yang memberi peluang setiap wakil keluarga express rasa seronok ke, thankful ke, x puas hati ke... Tapi secara keseluruhannya, semua orang hepi la... ;-)
|
Hadiah~~!! |
Day 3
Hari terakhir, selepas sarapan, semua orang check out kecuali family Kak Ina.. kami sambung satu malam lagi... :D Selepas salam2 dengan pokcik, kami bergerak menuju ke Menggabang Telipot. Ayahcik Nazeri nak ajak beli keropok kat kedai kawan dia... Sebelum tu singgah kat kedai makan dia dulu... Kawan Ayahcik belanja semua orang makan nasi goreng ayam & nasi ayam.. Fuiyooo ramai tu dia belanja... 30 orang dewasa, 10 kanak-kanak dan 1 baby (Umran la tu). Kak Ina rasa sedap je, Abg Din cam biasalah.. contra ngan Kak Ina.. xsedap aje... Haha
Di Menggabang Telipot, Kak Ina memborong keropok sira bermadu Cap Rebana 40 peket dan keropok keping 1 1/2kg.. Keropok sira tu memang terbaiklah... Sepatutnya rasa terus hari tu, pastu boleh borong banyak2 bagi kawan2 dan buat meniaga.. Memang thumbs up. In fact two thumbs up! Kalau Abg Din pun cakap sedap, jawabnya Toe thumbs up sekali... Hahaha melampau complimentnya...