Monday, April 8, 2013

Rumat Rehat Warisan Teluk Ketapang

Assalamualaikum/Salam Hormat,

Hari tu Kak Ina cakap nak buat satu entry untuk Rumah Rehat Warisan kan? Hehe rajin x memasal... Rumah Rehat Warisan tu xdelah hebat sangat, tapi bila hati dah suka... dot, dot, dot.. Ya, Kak Ina memang promote rumah rehat pakcik ni. Setengah orang suka mengejek: macamlah dapat komisyen, buat penat jari je menaip. Tapi biarlah. Kot2 ada orang baca entry Kak Ina, berkenan pulak, alhamdulillah dapatlah Kak Ina panjang2kan punca rezeki pokcik. Kita bantu orang, sape tau rupanya ada orang bantu kita tanpa kita ketahui... :D

Basically, sehingga entry ni ditulis, bilangan rumah rehat pokcik dan kosnya masih seperti berikut:

Rumah 4 bilik - 2 unit
Rumah 1 bilik - 2 unit
Rumah kayu 3 bilik - 1 unit
Rumah 1 bilik attach dengan rumah pokcik - 1 unit

Kesemuanya RM70 setiap bilik.

Kedudukan rumah adalah seperti pelan di bawah. Memula sekali, sori Kak Ina terlalu sibuk masa sampai tu sampai terlupa snap gambar. Kalau x, xdelah susah nak lukis guna power point. :P

Rumah Rehatnya yang kaler biru. Kiranya kesemua rumah rehat ni duduk di dalam satu pagar... Sebenarnya laluan antara rumah 4 bilik dengan rumah2 di sebelah kanan ni sangatlah luas. Boleh parking bas kiri kanan siap bas boleh lalu lagi antara bas yang diparking tu.. :D Kawasan depan rumah sebuah tu pun boleh parking kereta, Skala gambar kak ina agak tah hape2.. :P
Yang di bawah ni pulak, susun atur dalam rumah 4 bilik. Kak Ina ingat2 lupa. Drawing ni pun Kak Ina belasah je... TAPI memang setiap bilik ada bilik air sendiri & ada aircond. Oh ya, yang rumah kayu tu xde aircond. Dan xsilap Kak Ina rumah tu sewanya lebih murah.  Perkakasan lain yang disediakan, tv, kettle jug. Tapi untuk rumah 4 bilik tu tv share kot. Xingat, sbb Kak Ina x duduk situ.

Ini rumah Type A. Rumah Type B sama juga macam ni, cuma kesemua 4,4 bilik ada 1 queen bed sahaja. Lupa pulak lukis setiap pintu bilik. Haha.. setiap bilik ada pintu dan kunci. Kat lorong tu terletaknya meja dan kerusi untuk santai2. TV pun kat situ.. Kalau share rumah ni dengan orang lain xbest sikit ah..
Kak Ina duduk kat rumah bawah ni. Yang warna kuning panjang tu pintu masuk, pastu ada pintu pembahagi ruang tido tu dengan ruang belakang. Kat belakang ada bathroom dan ala2 dapo. Pastu ada pintu belakang pulak. Bagus pokcik ni, kat bathroom dia siap ada sabun basuh serbuk. Sabun mandi pun disediakan yang dalam bentuk liquid. Kat dapur sebelah sinki tu sbnrnya ada satu kabinet kecik. Kat atas kabinet tu ada ketel jug. Dlm kabinet tu disediakan nescaffe, teh, gula.. perkakasan seperti pinggan, cawan, sudu... Selain daripada tu iron & iron board pun ada. Almari baju siap dengan hanger. Sejadah & telekong pun ada. Rasanya towel pun ada 1. Lagi, ubat nyamuk letrik ada. Berbaloi2 kan dengan harga RM70. Kalo ginilah pokcik, naik harga sikit lagi pun xpe. 

Kat sebelah meja bulat tu, ada pintu untuk ke bilik sebelah. Malam terakhir atok & opah duduk bilik sebelah. Memang kena godak dengan Umar Umairah jelah... Ye saya suka, senang nak passing2 Umran sementara nak mandi ke solat ke.. :D

Untuk rumah sebilik yang attach dengan rumah pokcik ni... Kalau ikutkan pokcik x berapa nak sewakan sangat bilik tu. Mungkin pokcik bagi sedara mara yang datang dari jauh tido kat situ kot. Bilik ni dibuka untuk kes2 tertentu sahaja. Contohnya macam kamilah. Borong semua bilik pokcik. :D Rumah ni agak jauh sikit dari rumah2 yang lain. Tapi jalan kaki x berpeluh ketiak pun. Jauh lagi bilik opis Kak Ina nak ke kantin. Haha...

Sama macam bilik2 lain, dalam bilik ni pun ada semua... For info, drawing ni semua Kak Ina buat ya. Jangan kalau ada yang menyewa kat sana nanti tengok x sama, nak marah2 pokcik pulak. Pokcik pun xtahu kewujudan entry ni. Hihihi...
Selain daripada tu, pokcik pun ada sediakan mesin basuh. Kak Ina x pastilah ada caj ke x. Tapi hari tu Kak Ina tumpang spin baju 2 baldi. Kalau awal2 Kak Ina tahu pokcik ada washing machine xkuasa Kak Ina nak basuh tangan. 2 baldi tuh... Bior la kena bayar berapa pun... Hehe...

Pokcik tuan rumah rehat ni sangatlah peramah & baik orangnya... X menyesallah menyewa kat situ. Kalau nak ke KT lagi, kami x teragak2 nak menyewa kat situ lagi. Dekat dengan Pantai Teluk Ketapang. Nak makan ICT senang, ikan bakar ke... Air buah pun dekat. Tempat beli kepok pun kat situ. In fact, nak pegi bandar pun bukanlah jauh sangat.

So, kalau ada readers yang nak ke Kuala Terengganu dan xtahu nak menginap kat sana, boleh lah berkunjung ke Rumah Rehat Warisan. Hubungi Pakcik Ismail - 019-9756539 atau Pakcik Bakar - 017-9073976. Boleh la lawat website dan facebook pokcik.

Ok, tu saje nak dicoretkan. Daaaaa...

5 comments:

cgismail said...

Kepada Kak Ina pak chik ucapkan ribuan terima kasih kerana mempromosikan Rumah Rehat kami di Kampung Teluk Ketapang. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang.

Zelly said...

Hehe.. x sangka pakcik baca blog saya... tapi minta maaf la pakcik gambar x cantik.. insyaAllah kalau ada rezeki ke sana lagi, kami datang menginap lagi... ;-)

Anonymous said...

Woowww...memang seronok jugak ni...kalau nak buat family gathering, rasanya tempat yang paling ideal..

Zelly said...

Ya.. pokcik juga menerima tempahan mknan... kami kat sana sempat bersukaneka di compound rumah rehat.. lapang dan selesa

Zelly said...

Ya.. pokcik juga menerima tempahan mknan... kami kat sana sempat bersukaneka di compound rumah rehat.. lapang dan selesa