Umairah satu-satunya cucu perempuan atok & opah, juga satu2nya cucu perempuan nenek Cha'ah (ada cucu perempuan lain tapi cucu daripada nenek tua). Maka x hairanlah kalo Umairah sedikit garang dan selalu bersikap defensive. Umar, setakat kena gigit dengan Umairah biasa sangatlah... Haha... Ada sekali tu, kat KFC Segamat, Umairah main2 dekat display cabinet yang display mainan2 KFC tu. Berhampiran ada seorang budak perempuan yang nak mesra2 dengan Umairah. Umairah dah tunjuk tanda2 agresif dan ibu pun dah larang2 dia jangan kacau kawan tu. Mak kepada budak perempuan tu cakap: Xpe, dia dah biasa dgn abang dia.. Sekali.... PANG!!! Budak tu kena lempang... Haduu... Terkedu maknya. Ibu lah tersipu2 minta maaf. Tapi ibu dah warning awal2 tadi kan... :P
So, seperti biasa, bagi meraikan hari gembira anak, Ibu dan Abah buat majlis kecil2an di KFC Kajang. Makngah & Iman serta Maksu dan boiprennya turut serta memeriahkan majlis. Malangnya atok dan opah xde sebab balik ke kampung. Actually kami buat pun sehari awal, sengaja supaya ada banyak masa senggang. Kalau buat semalam (Isnin) dah tentu nak kena tunggu lepas opis hour, di mana masanya sangat suntuk dan kelam kabut.
Dan semalam, sepatutnya ibu nak hantar kek ke taska. Tapi masa balik dari KFC, kedai kek yang Ibu nak pegi tu tutup awal pulak. Jadi, semalam, dah balik dari keje baru Ibu dapat beli kek.. Maka, celebration di taska berlangsung pada hari inilah...
InsyaAllah selagi Ibu bernyawa, di waktu biasa mahupun dalam solat 5 waktu, ibu sentiasa bermohon pada Allah agar Umairah, Umar & Umran juga, dijadikan mukmin & mukminah yang soleh & solehah, diperbaguskan akhlak dan budi pekerti, dilindungi & dipelihara Allah, diberi kesihatan tubuh badan yang baik serta dipermudahkan segala urusan... Perkenankanlah Ya Allah..
Ibu juga harap, anak2 ibu akan mendoakan ibu & papa terutamanya bila ibu & papa sudah tiada lagi di dunia fana ini.
Hoccay, ayoh layan gambar~~!!
kek ni makngah belanja |
3 tahun |
Tiap2 kali beday anak2 gambar papa je masuk frame.. hehe |
Lidah.. Haha |
Ni kek hantar taska.. dah terbalik2 buah anggurnya.. |
No comments:
Post a Comment