Wednesday, April 3, 2013

Kembara Ganu Kite

Alhamdulillah pada 23-25 Mac yang lepas Keluarga Hj Abdul Rahman (family sebelah abah Kak Ina) sekali lagi berjaya menganjurkan Hari Keluarga yang ke-3. Yang sebenarnya Kak Ina, Abah dan Emak, Angah dan turut membantu Athirah (Maksu) dan Abg Din yang merupakan mastermind family day sepanjang zaman. Apa daaa... Lokasi family day kali ni agak jauh, iaitu di Kuala Terengganu. Dan alhamdulillah, syukur padaNya kerana sepanjang kami di sana, cuaca sangat baik, panas dan tidak hujan apatah lagi banjir. :-)

Ni logo kat tshirt kami
Kak Ina sekeluarga (termasuklah emak, abah, angah dan athirah) bertolak ke Terengganu sehari awal atas urusan majlis pernikahan sepupu kami, Ammar & Qadri Bayyinah di Kampung Losong, Terengganu. Kiranya faktor inilah menyebabkan kami memilih Kuala Terengganu sebagai lokasi family day. Killing two birds using a stone! Di sana kami menginap di Rumah Rehat Warisan, Teluk Ketapang yang telah Kak Ina booking seawal bulan Oktober 2012 lagi. Semangat! Sebanyak 11 buah bilik telah kami sewa. InsyaAllah Kak Ina akan buat satu entry khas untuk Rumah Rehat Warisan ni.

Ni bilik yang Kak Ina duduk... Ni gambar lama ni. Kak Ina ambil dari sini. Terkini dah ada awning dan lantai tile kat dinding tepi tu...
Day 1

Program sepatutnya dimulakan dengan acara sukaneka pada jam 5pm. Tetapi kesemua rombongan keluarga kami yang bertolak dari Bera, Pahang telah terlewat sampai akibat terlalu banyak makan langsat dalam perjalanan menyebabkan program tertunda sehingga ke jam 6++ petang. Hehe.. Panjang ayat merapuku. Sungguhpun lewat, aktiviti sukaneka tetap dijalankan dengan penuh ceria dan keriangan.

Kepenatan.. tapi kena dengar taklimat dulu
Sambil2 minum petang... Keropok leko dan pisang goreng. Pokcik belanja~~!!


Pokcik belanja lagi.. excited orang berdua tu...
Rojak betik.. Lupa nak rasa... macam sedap... slurppp~~!!

Acara pertama: Sepit pingpong guna chopstick
Tere gak derang ni. Ingatkan xlepas sepit.. :D

Lari guna tempurung kelapa


Sampai pecah2 tempurung pun ada

Lumba makan kopok gete
Sedap rupanya.. Rugi x masuk

Musical chair
Di sebelah malam, kami menjamu selera di Air Buah Pior, Seberang Takir. Alhamdulillah, tergerak hati Kak Ina pada malam sebelumnya untuk membuat reservation meja untuk 40 orang. Pengunjung gerai pada malam tersebut luar biasa ramainya, menyebabkan ada sesetengah air buah rasanya tidak benar2 pior (pure). Barangkali tukang buat air kelam kabut dengan order yang terlampau banyak. Kesemua 40 gelas minuman pada malam tersebut ditaja oleh Tabung Hari Keluarga. Makan bayar sendiri. :D

Nak order boleh call no tertera

Sedaaapppnyaaaaaaaaa

Abg Razi & family
Selesai menjamu selera, kesemua ahli keluarga Kak Ina mencuci mata di Waterfront, Kuala Terengganu. Kak Ina, Abg Din dan anak2 tidak turut serta memandangkan Umar dan Umairah belum selesai makan ketika mereka mula beredar, dan Umran pun sudah tido... Kak Ina tak kisah sangat, sbb kami dah banyak berjalan di sekitar Kuala Terengganu pada percutian yang lepas. Yang penting ahli keluarga yang lain dapat 'cherish the moments'.

Kalau Umar Umairah dapat naik ni mesti excited
Day 2

Disebabkan kesemua 9 acara sukaneka tidak sempat dijalankan pada petang hari pertama, seawal jam 7 pagi lagi kami telah dikejutkan dengan suara Makngah selaku emcee tetap family day menerusi copong (microphone) portable PA system yang baru dibeli Abah. Haha, panjangnya ayat... Sebelum menyambung aktiviti sukaneka yang tertangguh, kami membuat aktiviti memanaskan badan dan poco-poco yang huru-hara. Tokey rumah rehat turut sama menjadi kameraman malah beliau lebih pantas mengupload gambar ke akaun facebook beliau. Haha, sabar jelah pokcik ni. Kepada sape2 yang berkelakuan/berpakaian tidak semenggah tu tangguhlah sendiri, sebab pokcik dah x pilih2 gambar apa yang nak diuploadnya. :D

Senam pagi
Semua orang layankan je instructor senam.. haha

Main kumpulan terpanjang


ingatkan supirnda tadi.. haha

Sampai menerap hngko

game kumpulan terpendek

Sampai dukung.. haha

x menang sbb tebal2 belaka.. keh keh keh
Sape kat tengah yang dah xnampak muka tu. Wahahah

Dadu gergasi

Baling belon air


Anak gorila

Gorila kurus

Sedia nak lari

Kikikiki

Anak2.. tgk papa ni... :D


Selesai acara sukaneka, kami menikmati sarapan pagi nasi dagang ikan aye yang sungguh enak. Wow, marvelous~~!! Sarapan pagi ditaja disediakan oleh Rumah Rehat Warisan di mana sebenarnya Kak Ina telah memohon pakej makan sekali. Ikutkan pokcik rumah rehat x sediakan pakej makan, tp dari tahun lepas, Kak Ina asyik tanya boleh masak ke x je, maka pokcik bantulah juga untuk sediakan makanan. Maklumlah masa agak pack, kalau time2 tu nak sukaneka, nak jalan2, masa bila nak keluar mengisi perut kan..

Sedapnyaaaaaaaaa

Sorang licin dah... Sorang x start lagi

4 pinggan?

Ibu, saya dapat plain water je

Posing sebelum tuko baju


Best!

So, agenda untuk hari kedua ialah melawat Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man. Di satu kelompok lokasi tersebut, terletaknya Taman Tamadun - 22 monumen masjid dari seluruh dunia, River Cruise, Masjid Kristal dan Muzium Negeri. Kak Ina x excited sangat nak masuk ke TTI sbb dah round tahun lepas. Tapi ntah kenapa, terbeli juga tiket pakej TTI + River Cruise. :P Dah la xdapat masuk sesama ahli keluarga yang lain. Terpaksa lah kami berjalan sendiri2 je... Diharap, mereka semua terhibur dan dapat sedikit sebanyak pengetahuan di TTI. Kalau jalan sajee rugi lah bayar mahal2... :D Dan seperti dijangkakan, xpegi pun Masjid Kristal. Muzium Negeri apatah lagi.. dikerling ekor mata je... Masing2 dah penat, memang xnak dah berjalan banyak2 lagi... Tambah2 pulak nak tengok benda2 yang berkait dengan sejarah ni... Kak Ina, Abg Din dan anak2 lagi lah.. lepas ronda di Pulau Wan Man, kami terus balik ke rumah rehat... Yang lain2, singgah ke Pasar Payang dulu...

Naik tram je senang.. xyah susah2 jalan..



2 orang ni memang nak yang lain dari yang lain je


Atok pun nak merasa naik boat juga


Posing dulu sebelum gerak


Atas boat.. jeles kami xdapat naik sama..

Seronok nampaknya..

Masjid Kristal


Saya pun nak naik boat ibu..

Papa yang excited nih
 
Sampai 2x pusing, tapi x turun pun

xingat dah ni monumen apa dan terletak di negara mana

ni pun lupa dah.. mentang2 kat passport ada maklumat, take advantage betul

Umairah shopping penyu... Ni gambar lepas balik kenduri Ammar & Qadri


Shopping di Bazar Warisan


Sebenarnya, tentatif hari kedua ni dah lari dah... Sepatutnya lepas balik dari Pulau Wan Man, aktiviti makan ICT di Pantai Teluk Ketapang. Xtahulah diorang pegi ke x... Desas-desusnya ada yang x merasa pun ICT. Kami anak-beranak merasalah jadi pelanggan terawal... Balik rumah rehat terus berdentum sampai ke senja.. Sabar jelah... Sbnrnya cuaca kat sana panas sangat, memang tersejat dibuatnya. Umairah sempat demam... Jadi Kak Ina kena pastikan Umar dan Umran x terjebak sama.



Pantai Teluk Ketapang yang sungguh scenic
Kitorang makan kat sini... The price is reasonable compared to gerai yang kitorang makan last year


Di sebelah malam kami x kemana2. Kami hanya menikmati makan malam di rumah rehat Warisan sahaja. Menu yang pokcik sediakan malam tu nasi putih, kari ayam, telo dada, sayo campo, sambal belacan, ikan masin, ulam2an... meriahnya pokcik... Untuk makluman, baik betul pokcik ni, tetiap kali hidangan makanannya cukup banyak. Kak Ina rasa semua orang sangat kenyang dan puas hati. Boleh makan bertambah2 tanpa perlu risau lauk habis. Jangan x caya, telo dadar pun x habis.. nak bgtau banyak x banyaknya... Patutnya boleh sangat ajak satu family yang menginap kat rumah rehat  pokcik tu makan sekali. X terfikir pulak. Selesai makan, ada acara penyampaian hadiah. Dan seterusnya diikuti dengan sesi luahan rasa... Haha... Nak cakap post mortem xlah post mortem sangat. Cuma sesi yang memberi peluang setiap wakil keluarga express rasa seronok ke, thankful ke, x puas hati ke... Tapi secara keseluruhannya, semua orang hepi la... ;-)

Hadiah~~!!


Day 3

Hari terakhir, selepas sarapan, semua orang check out kecuali family Kak Ina.. kami sambung satu malam lagi... :D Selepas salam2 dengan pokcik, kami bergerak menuju ke Menggabang Telipot. Ayahcik Nazeri nak ajak beli keropok kat kedai kawan dia... Sebelum tu singgah kat kedai makan dia dulu... Kawan Ayahcik belanja semua orang makan nasi goreng ayam & nasi ayam.. Fuiyooo ramai tu dia belanja... 30 orang dewasa, 10 kanak-kanak dan 1 baby (Umran la tu). Kak Ina rasa sedap je, Abg Din cam biasalah.. contra ngan Kak Ina.. xsedap aje... Haha

Di Menggabang Telipot, Kak Ina memborong keropok sira bermadu Cap Rebana 40 peket dan keropok keping 1 1/2kg.. Keropok sira tu memang terbaiklah... Sepatutnya rasa terus hari tu, pastu boleh borong banyak2 bagi kawan2 dan buat meniaga.. Memang thumbs up. In fact two thumbs up! Kalau Abg Din pun cakap sedap, jawabnya Toe thumbs up sekali... Hahaha melampau complimentnya...   

Lepas shopping kepok, kamu menuju ke Noor Arfa Craft Complex. Di pertengahan jalan singgah pulak kat Desa Murni, shopping tudung dan kain... Huhu.. Sampai kempis poket diorang ni... Bukan salah saya ya... pandai2lah Tuan/Puan  berbelanja dengan berhemah... Hari pun dah beransur tengahari, mood penat dah keluar... Jangan x jadi pegi Noor Arfa sudah. Staf Noor Arfa dah roger2 Kak Ina pukul berapa nak sampai... :D

Tujuan Kak Ina masukkan lawatan ke Noor Arfa ke dalam tentatif bukanlah nak suruh bershoping. Tapi lebih kepada lawatan sambil belajar. Tengok demo mencanting @ belajar mewarna. Kak Ina x berpeluang pun nak mewarna... Standard ah, dukung baby... makngah & maksu 2 orang je yang merebut peluang ni.. Orang lain minat nak tengok je.. :D

Demo canting blok

Sekejapan dah banyak yang dia buat

Comey Ibu naik beca

2 orang ni je semangat nak mewarna... caj: RM10

Budak2 memang suka la kaler2 ni


Hasil warna makngah

Hasil Maksu
Bersebelahan, ada demo pembuatan kraf kaca

Last pose Keluarga Hj Abdul Rahman sebelum pulang

Tamat sudah program Hari Keluarga Hj Abd Rahman kali Ke-3. Kak Ina di pihak penganjur ni sangat berharap agar seisi keluarga seronok, gembira, mendapat manfaat daripada program yang diadakan ni. X dinafikan memanglah ada sedikit kepincangan di sana-sini, tapi Kak Ina harap x adalah yang simpan di dalam hati. Matlamat utama kita supaya silaturrahim antara kita sentiasa kukuh. InsyaAllah

Daaaa...       

No comments: