November lalu (semua cerita lama), kami ke Air Terjun Gunung Ledang. Air terjun ni terletak di daerah Tangkak. Kalau dari Hiway PLUS tu exit Tangkak/Segamat/Muar. Melepasi bandar Tangkak dan pekan kecil Sagil, lokasinya di sebelah kiri jalan. Untuk masuk ke dalam, kena bayar beberapa rm. Kak Ina x ingat berapa, tapi x mahal. Ala-ala bayar parking kereta, tapi pengutip wang tu kira berapa kepala ada dalam kereta.. gitu.
Sebenarnya kami tak rancang pun ke sini. Kami dari Chaah, dan kiranya kami singgah mandi manda sebelum balik ke Bangi. Kakak ipar Abg Din yang beriya-iya ajak kami berkelah. Habis semua adik beradik diajaknya. Jadi, berkonvoilah kami seramai 6 keluarga.
Kami mandi di bahagian bawah sahaja. Chantek jugalah kawasan perkelahan ni. Airnya, Ya Allah bukan main sejuk. Tapi kami 6 beranak mandi juga. Cuma tak lama sebab kelihatan cuaca x berapa cerah. Sedikit mendung. Mandi di sungai ni kena hati-hati. Tambah-tambah pula dah terpampang papan tanda siren akan dibunyikan jika berlaku kepala air. Huuu maknanya memang biasalah berlaku kepala air kat situ.
Cuma satu kelemahan kat sini ialah, tandas dan bilik mandi yang disediakan tidak mencukupi. Mungkin boleh diperbaiki lagi tahap servis fasiliti ni.
Add caption |
Jalan menuju kawasan mandi-manda |
Syoknyaaa~~!! |
2 comments:
Seumur hidup pernah pegi sekali je long. Hehehe.
best mandi situ.. kalau time weekdays lagi best kot.. hehe
Post a Comment