Monday, December 28, 2015

Konvokesyen Umar

Berakhirnya tahun 2015 ni bermakna tamatlah sesi pra-sekolah Muhammad Umar. Dah besar dah buah hati ibu. Dah nak melangkah ke zaman persekolahan sebenar. Haii.. macam manalah anak ibu bila dah sekolah nanti. Pandai ke nak beli makanan kat kantin, pandai ke pegi toilet sorang-sorang. Terbalik seluar pun masih Ibu yang buatkan. Malas Ibu nak fikirkan sangat. Rungsing-rungsing x tentu hala. InsyaAllah, bila dah duduk dalam environment tu lebih dari pandai lagi Umar boleh buat. 

Jadi, sempena tamatnya sesi tadika, ada lah sedikit majlis konvokesyen yang dianjurkan oleh TCT. Seperti tahun-tahun lalu, di hari konvokesyen ni, 'para pelajar' seawal usia 3 tahun diberi peluang untuk membuat persembahan. Ragam anak-anak.. macam-macam. Lucu menonton persembahan mereka... Umar dan beberapa orang rakan sebaya memang sangat menonjollah. Orang yang diraikanlah katakan. Umairah ada juga membuat beberapa persembahan. Manakala Naufal cuma menyertai pakaian beragam dengan tema SuperHero. Naufal memperagakan baju Power Rangers. Itu pun sangat jenuh Ibu mencari. 


Persembahan pembukaan. Puisi dan joget.

Pakaian beragam untuk yang berusia 3 tahun. Abg & Kakak tolong pimpin.

Power rangers bawak senapang. Hehe..

Umar dengan Putra, yang juga jiran sebelah rumah kami.

Mairah jadi harimau..
Umairah menerima hadiah tamat kelas 5 tahun. ;-)

Umairah ngan Iriz.. legging kuning Mairah tu pun jenuh Ibu cari..

Adnin pun x ketinggalan possing ngan kawan baik, Isha (2 pupu Adnin)

Yeaa.. sudah konvo.. tapi pakaiannya x macam konvo. Dengan treksuit dgn sport shoe.. Haha..

Dengan x semena-mena, meragam pulak bujang ni.

Gambar konvo ngan Ayah yang paling proper. Haha.. dengan Ibu memang xdelah kan.. Sebab punca meragam tu nak main henfon Ibu tengah2 majlis. Memang x lah anak oiii...

Oleh yang demikian, tak adalah gambar konvo Umar beramai-ramai dengan kawan-kawannya ni haaa.. :D

** Video ada.. tapi x boleh nak upload kat sini sebab sizenya besar..


No comments: