9 Nov yang lalu kami sempat berkunjung ke Taman Botani Sri Medan, Johor, yang kebetulan sedang menganjurkan sambutan Hari Landskap Peringkat Negeri Johor 2015. Seingat Kak Ina, seumur hidup tak pernah Kak Ina apatah lagi kami sekeluarga menghadirkan diri ke sambutan-sambutan seperti ini yang diadakan di luar negeri Selangor/Kuala Lumpur/Putrajaya. Semenjak berkeluarga, memang Kak Ina tidak minat membawa anak-anak ke tempat-tempat yang sesak dan ramai orang. Tapi sebab kali ni pergi dengan family in law, dibolehkan la... kira macam spent some quality time.
Apa yang ada di pameran landskap ni? Disebabkan kami pergi selepas majlis penutup, hari terakhir pula tu, apa yang kami dapat lihat hanyalah pameran-pameran landskap sahaja. Jualan-jualan bunga, anak-anak pokok dan yang berkaitan dengan tanaman pun masih ada, cuma x berkesempatan nak tengok. Selain daripada majlis perasmian, dikatakan, sebelum tu ada pertandingan memancing, pertandingan mewarna dan pelbagai lagi. Sambutan ini berlangsung dari 5 Nov - 8 Nov 2015.
Tak ada apa yang nak dikongsikan sangat. Kak Ina pun x pasti apa yang ada di Taman Botani Sri Medan ni pada hari-hari biasa? Apa kemudahan dan fasiliti yang ada? Mungkin boleh dijadikan tempat untuk bersantai bersama keluarga. Melalui pembacaan, Taman Botani ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk sesi fotografi, memandangkan terdapatnya tasik dengan pemandangan yang menarik.. Yang berdekatan, boleh la jalan-jalan tengok...
Seperti biasa, enjoice the piccas~~!!
No comments:
Post a Comment