Assalamualaikum/Salam Hormat,
Hari tu, mak Kak Ina call, bgtau pasal anak buah Kak Ina belum berkhitan lagi, xpe ke? Masa tu umurnya sekitar 11 bulan.. Dan mak Kak Ina ada juga bertanya, kalau x dikhitankan macam mana?
Jadi, Kak Ina pun buatlah sedikit bacaan tentang khitankan anak perempuan ni.. Mengkhitankan anak perempuan bertujuan membuang selaput yang menutupi klitoris. Ia menjadikan organ rangsangan tersebut lebih bersih, terhindar dari penyakit dan memberi sensitiviti terhadap keperluan seksual wanita.
Bagaimanapun ada batas dalam mengkhitankan anak perempuan. Ini dapat diterangkan dari perspektif medikasi. Ni kak ina screenshot dari blog Dr Zubaidi.
Jadi, eloklah dikhitankan anak2 perempuan ni.. Kak Ina nak tulis hukum x berani pula, tambah2 bab2 agama ni x boleh memandai2. Kena buat bacaan yang lebih lanjut..
Dalam google2, surfing2... terfikir pula Kak Ina, puteri bongsu Kak Ina dah khitan ke belum? Rasa macam sudah, tapi langsung x ada memori yang boleh mensahkan perasaan tersebut. Ya x ya, saje Kak Ina call Hospital An-Nur Bangi tadi untuk confirmkan. Tu pun tawakal je lah samada diorang ada simpan rekod atau x? Alhamdulillah, ada. Adnin dah khitan pun pada usia hampir 8 bulan (8 Julai 2014). Legaaa.. nanti sibuk2kan anak orang dah khitan ke belum, anak sendiri pula yang terlupa.. hehe..
2 comments:
Di Az-zahra ada service khitan anak perempuan akalau dah besar. Yaya hari tu pun lambat juga. Annur ambil up to 2 years shj. Lbh dari 2 tahun diorg tak buat. Boleh pergi ke Az-Zahra. Call dulu untuk make sure ada doktor perempuan. Kalau ada, boleh terus walk in. X perlu buat appointment.
Adnin dah khitan. Ingat Along ada buat entry psl bawa adnin khitan kat Annur :)
Adnin dah... mmg buat awal time2 dia xkenal orang lagi... kang ngobak susah.. hihu... An-Nur pun sama boleh walk in je, tapi kena call dulu takut Dr yang boleh buat tu xde..
Yang belumnya anak bujang 2 orang tu.. plan hujung tahun ni nak sunatkan Umar.. rasa nak sunat Naufal sekali, tp xtau la...
Post a Comment