Wednesday, March 25, 2015

Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

AsSalam,

Anak-anak. Nama pun anak, biasalah kalau lasak/aktif, terlebih lasak/aktif, tersangat lasak/aktif. Kata orang, budak2 lasak ni cerdik. Ya cerdik2 juga, tapi ada kalanya sifat lasak, sifat ingin tahu, ingin meneroka tu kadang2 membuatkan parents rasa "Ya Allah.. kenapalah anak ni.." Hehe.. Kalau dinasihat, ditegur dia tetap macam tu.. Tapi nak labelkan sebagai degil tu, x sedap sikitlah bunyi. Sedangkan nak kata anak x dengar kata pun dah x bagus kan... Kak Ina x nafi, Kak Ina selalu tercakap, "kenapa x nak dengar kata", "tulah xnak dengar kata".. ini x bagus sebenarnya.. kita kena cakap yang positif, perkataan tak, taknak, tidak, TAK BOLEH diapply dengan anak2. Kena twist sikit. Maybe "dengarlah kata".. 

Dan, kena ada usaha dari pihak parents. Anak memang sifatnya begitu, parents yang dah dewasa ni yang kena lebih sabar, lebih bijak, lebih banyak main peranan.. Disamping itu kena amalkan pelbagai doa untuk melembutkan hati anak.. Ni antara doa yang Kak Ina amalkan. Malam sebelum tido, baca dan ditiupkan di ubun2 anak... Xingat kena baca berapa kali, tapi Kak Ina baca 1x ke 3x je. Kalau x baca sebelum tido, Kak Ina baca masa drop anak2 kat taska. Masa dijadikan amalan tu alhamdulillah, anak2 macam ok sikit. Kalau Kak Ina cakap semua diiyakan je.. Sekarang ni Ibu dah terleka, dah x buat dah. Anak pun dah start tantrum dah.

Sumber gambar: internet.. x ingat kat mana sbb snap pula guna henfon.

Kena selalu ingat dalam hati, anak-anak tu amanah Allah. Ahli syurga. Kena jaga sebaiknya... ;-)

Monday, March 23, 2015

My Iman Noodles House, Mee Tarik Cyberjaya

Assalamualaikum...

Kak Ina selalu dengar orang cerita makan kat Cyberjaya sedap. Samada nasi arab, mee tarik & tah pape lagi lah.. Kak Ina & Abg Din memang x jejaklah kaki ke Cyberjaya. Kat Cyberjaya tu bukannya ada apa pun. Putrajaya yang boleh kata banyak juga tempat nak dituju pun jarang2 kami pergi. Apatah lagi kalau nak pegi satu2 tempat tu semata-mata sebab nak makan, memang x lah.

Tapi, yang menyebabkan Kak Ina 'tersesat' kat sini, dan rasa nak pegi lagi ni sebab adik2 technician kat opis yang bawa lepas kami selesaikan satu tugasan di Putrajaya. Makan mee tarik di My Iman Noodles House... nyummeehnya... memang sedaplah! Lokasinya di Persiaran Flora. Sederet dengan Puffy Buffy, Trulia cafe (hmpphh, tulis je, xpernah rasa pun lagi)..

Setakat yang Kak Ina makan hari tu memang sedap... Dan yang kawan2 makan pun nampak sedap & menyelerakan. Mee tariknya rasa kenyal2 macam megi. Anak2 mesti suka ni.

Waahhh.. setambun mee dia.. Yang ini namanya potato beef soup noodles.

Ini Mutton Salad Noodles.. x pedas.. yang ni sesuai kot untuk bebudak

Braised Toufu beef Noodles... Ni pun sedap, tapi dia berminyak sikit.

Xinjiang mutton roast stick. Thumbs Up~~!! Orang yang dah let go dia punya pun boleh minta balik. Hohoho..
Harga, pada Kak Ina reasonable.. semua jenis mee dan nasi berharga RM8. Dan sate tu secucuk RM2. Lepas makan sepinggan mee, pekena 2 cucuk sate pun dah cukup dah...  Yang lebih menarik, air free of charge. Silalah nak tambah2 berapa kali pun. Dengan syarat guna cawan yang sama.

Order Form. Tapi Header dia Salam Noodles. Nama lama kot.

Kos makan 3 orang.

Kat dinding luar kedai
Sesapa ada kelapangan boleh la try. Kalau x silap open daily. Tapi untuk kepastian eloklah call dulu. Ada no fon kat resit: 016-2206707. Kalau lunch hour weekdays, parking always full. Nak pegi carpool ramai2. Masa2 lain ok kot.

Ok, selamat menjamu selera..

The Grato, Italian and Western Food

Assalamualaikum...

Tekak Kak Ina ni kan... pelik... kadang-kadang nak makan masakan kampung, kadang-kadang nak makan makanan yang susah nak dapat.. kadang-kadang nak makan western. Mengalahkan orang mengandung. Masa mengandung pun xde pulak rasa mengidam2 macam ni. So, hari tu, rasa nak makan Western. Poyo betul.. Abg Din pulak melayan je... So, kami pun terjah ke The Grato Seksyen 3, B.B.Bangi. Xjauh pun dari rumah, tapi entah kenapa baru-baru ni je terperasan restron tu. Tu pun sebab ada kawan2 asyik cerita-cerita pasal The Grato...

So, di hari tersebut, kami order Classic Lamb Chop untuk Abg Din, Chicken Steak With Pasta untuk Kak Ina, Chicken Carbonara (serve with pasta) untuk Umar... dan yang lagi 3 orang tu cuma nak makan french fries dengan sup cendawan je sambil2 tumpang pasta carbonara Umar.

Harga murah, portion besar yang x besar sangat.. dari segi rasa, tekak kami rasa biasa2 je. Tapi readers kalau nak cuba, cubalah... tekak manusia kan x sama.. ;-)

Tu je nak citer... enjoy the piccas~~!!


Murah lah tu kan... susah dah nak cari chicken steak with pasta dengan harga RM10



Chicken Steak With Pasta

Classic Lamb Chop

Friday, March 20, 2015

Su Ri Homestay


Apa yang anda rasa bila tengok gambar di atas? Rasa nak pegi? Rasa excited? Rasa bestnyaaaa? Jap, jap, jap.. meh nak bagitahu harga.. Kadar sewa satu malam hanya RM450. Haaa?? RM450 satu malam? Iyaaa.. betul... x tipu.. Kak Ina dah menginap pun kat situ. Kan dah bgtau dalam entry sebelum ni Kak Ina dan family stay kat sini...

Apa yang kita dapat dengan RM450 satu malam?

- 5 bilik tidur. 3 bilik dengan 1 katil queen, 1 bilik dengan 2 katil single dan 1 bilik dengan 1 katil single.
- ada ruang tamu, ruang makan, dapur yang lengkap dengan kemudahannya.
- 3 bilik air. 1 di dalam master bed room, 1 dalam rumah, 1 kat luar rumah.
- SWIMMING POOOOLLL!!! dengan tembok di sekeliling rumah.. 
- mesin basuh, ampaian yang mencukupi, ping pong table dll...
- parking, boleh masuk 2 buah kereta - 1 besar, 1 kecik. Kalau 2,2 besar, parking kat luar je..
 
Berhampiran dengan homestay ni (di kawasan perumahan) ada medan ikan bakar. Xyah drive jauh2, dekat je.. Kalau nak bakar kalori, jalan kaki pun boleh.

Pantai pun dekat... Hmmm... bestnya jenjalan tengok sunset...

Memang best hoccay... Kalau pegi Melaka ramai2 ngan family, harus tido sini lagi. Very recommended. Tuan rumah pun ok.

For more details, silalah lawat website Su Ri Homestay.


Bestnya mandi kolam tanpa share2 dengan orang lain

Kemain lagi anak dara ni


Medan Ikan Bakar Crystal Bay


Thursday, March 19, 2015

Jalan-jalan Melaka

Jalan-jalan di Melaka merupakan program cuti-cuti pertama kami pada tahun 2015. Balik-balik Melaka, asyik-asyik Melaka... Hehe... Melaka tu walaupun kecik, sekali round memang x habis. Kalau sekali trip je nak habis round satu negeri Melaka, silakanlah spend masa seminggu.. Tu pun silap-silap x cukup kot. Percutian ni pun sebenarnya sambungan daripada program Hari Keluarga kami. Kak Ina google2, terjumpa satu homestay yang sangat menarik, tu yang rasa nak sambung cuti. Su Ri Homestay. Haa.. nak tau pasal homestay ni, sila klik sini.. 

Jadi, disebabkan asyik-asyik pegi Melaka, kali ni kami berjalan ke tempat yang kami x pernah sampai pun. Antara tempat persinggahan kami kali ini ialah:
- Upside Down House Gallery
- Masjid Selat Melaka
- Kampung Morten
- Bustel Klebang

Upside Down House (UDH) merupakan satu tarikan terbaharu di Melaka. Terletak di deretan shop lot, di belakang Hotel Seri Costa, UDH merupakan satu-satunya galeri rumah terbalik di Semenanjung Malaysia buat masa ini. Dengan kos masuk RM15 bagi dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak 2 tahun ke atas juga untuk warga senior, Kak Ina rasa macam... mahal kot. Tapi sebab dah sampai dan nak tahu apa ke bendanya UDH ni, hulur jugaklah RM75 untuk galeri ni. Rumah ni sama macam rumah biasa. Ada hall, dapur, dining room, bilik tidur, tandas. Bezanya.. semua terbalik.. tengok gambar ni...




** Maafkan kualiti gambar yang tergoyang2.. gambar henpon je..

Tapi, ada tricknya. Apa yang menariknya setakat nak ambik gambar katil kat syiling, peti sejuk kat syiling.. kan? So, jom layan gambar2 di bawah ni...






Tu diaaa.... semua dah jadi spiderman..

Dah puas tunggang tebalik posing2 kat dalam, keluar je dari situ.. xnak datang lagi lah... keh keh keh... apa da mentality.. :P


Next, kami menunaikan rukun Islam ke2 di Masjid Selat, Melaka. Kak Ina xperasan pun ada masjid yang cantik, terletak di atas air, dengan pemandangan yang sangat indah di Melaka ni.. Menariknya masjid ini, ia bukan sahaja menjadi tempat ibadat kepada umat Islam, malah menara masjid ini berfungsi sebagai rumah api bagi kapal dan perahu di Selat Melaka.
 



Boleh google untuk gambaran yang lebih indah

Usai solat, kami ke Kampung Morten pula. Selama ni dapat tengok rumah2 di Kampung Morten dari atas 'cruise' sahaja. X sangka pula  dapat peluang masuk ke salah sebuah rumah di kampung ini yang masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Tuan rumah ini menjaga rapi kebanyakan barang yang telah berusia berpuluh tahun. Kagum!

Tuan Rumah membasuh pinggan mangkuk di sini... oh tidakk.. hehehe


Dapo masak

Pinggan mangkuk lama dalam almari

Telefon ini masih berfungsi

Piring hitam

Gambar anak dara ni mesti ambik.. penat dia posing situ.. :D

Dalam rumah, semuanya antik

Bilik tido, kekal kemas begini

Umar dengan hiasan di laman..

Salute dekat tuan rumah sebab boleh/mampu tinggal dengan barangan antik di rumahnya dan menjaga kesemuanya dengan elok..

Destinasi terakhir sebelum pulang ke Bangi, kami pusing2 di sekitar Bustel Kuala Klebang. Bustel ni merupakan bas yang ditransfom kepada chalet. Kedai2 jualan, kedai makan, even reception pun diubahsuai daripada bas. Patutlah dari jalan besar nampak banyak sangat bas kat sini. Kak Ina saja hantar sms bertanyakan kadar sewa. Boleh tahan. Sekitar RM110-RM130 juga semalam. Tapi, ok lah kot. Itulah nilai yang kita perlu bayar atas usaha pihak2 yang mencetuskan idea ni. Juga nilai pengalaman tidur di sana. Kan..



Selesai sudah misi round2 Melaka tahun ni... Rasanya ni bukan kali terakhir kami ke Melaka untuk tahun ni. 2015 masih panjang. Ada harapan kami merayap di sini lagi. Akhir kata entry yang panjang... Daaa... semoga bermanfaat untuk anda...
 

Friday, March 6, 2015

Family Day Bota

Pada 17-18 Januari 2015 yang lalu, keluarga sebelah mak Kak Ina telah mengadakan Hari Keluarga. Kami telah memilih Teratak Rehat Atie Ira, Pangkalan Balak, Melaka sebagai lokasi kami beraktiviti. Sebanyak 17 bilik telah ditempah bagi memuatkan seramai 15 buah keluarga. Itu pun masih ramai lagi keluarga yang tidak dapat turut serta atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Adik-beradik mak Kak Ina 12 orang. Alhamdulillah semua aktiviti yang dirancang berjalan dengan baik. Program singkat selama 2 hari 1 malam ini hanya memberi kami kesempatan untuk mengadakan sukaneka, solat jamak Maghrib & Isya berjemaah, tahlil ringkas & yassin, sesi bertukar2 hadiah, fotoshoot & sudah pastinya sesi makan sebanyak 4x selama tempoh tersebut. Sesi indoor games & karaoke tidak sempat diadakan atas kekangan masa, peralatan dan 'kekurangan tenaga'. Haha, masing2 dah penat.


Untuk entry kali ni, Kak Ina nak bagi sedikit guideline kepada sesiapa di luar sana yang bercadang untuk mengadakan hari keluarga tetapi tidak tahu bagaimana hendak memulakan.

Rule no 1. Kena tahu bilangan keluarga dan ahli keluarga yang nak join. Untuk tujuan ini, kena bersedia dengan soalan2 seperti: dimana, bila dan soalan famous BERAPA KENA BAYAR? Biasanya soalan yang ke3 yang akan menentukan samada family tu boleh join atau x. Jadi, untuk tujuan ni eloklah survey2 sikit.

Dimana? >> Untuk Hari Keluarga kali pertama, pilih tempat yang tidak terlalu jauh dari lokasi penginapan majoriti ahli keluarga anda. Macam Kak Ina, kebanyakan ahli keluarga menginap di Bangi, Putrajaya, Kajang, Ampang dan sekitar2nya, maka Melaka memang just nice.

Bila? >> Seelok2nya time cuti perayaan ke, cuti sekolah ke... tapi kalau xjauh hujung minggu pun boleh. Selain tu kena titik berat jugalah sekiranya time cuti tu ada ahli keluarga nak tunang ke, kawen ke, sunat ke... sekolah nak exam ke.. dan yang paling penting janganlah time orang sengkek... Haha, lepas gaji waktu thorbaik.. lepas bonus, lagiiii baik...

Berapa Kena Bayar? >> Ok, yang ni.. Calculationnya begini, kos yang kena bayar ialah, sewa bilik, kos makan per dewasa dan per kanak-kanak, dan juga yuran.. oh ya, tshirt jgn lupa (kalau nak)... kalau belum survey tempat, untuk anggaran je dulu boh la bilik RM120, makan dewasa RM35, kanak2 RM20, yuran per family RM15 dan tshirt RM15 satu kepala. Harga anggaran lebih sikit xpe, so family dah boleh bajet berapa nak kena bayar. Kalau under estimate, kita sendiri rasa x best nak up/revise harga banyak2 kali kan... Yang Kak Ina tulis ni harga semasa (2014), lebih kurang tu la range harga kebanyakan chalet kat area Pangkalan Balak tu.

Baru point no 1. 

Rule yang ke 2. Selepas dapat 'confirmation' berapa ramai yang nak pegi, barulah boleh cari tempat. Haaa.. yang ni pun x mudah juga kerjanya.. Sebab: 1. nak cari tempat yang boleh tampung kesemua family yang nak join. Macam kami nak book 17 bilik, jenuh juga nak cari.. 2. Chalet tu memenuhi kriteria yang diperlukan. Contohnya, ada kawasan untuk berkumpul, untuk bersukaneka dll. 3. Chalet tu menyediakan khidmat catering. Buat family day seelok-eloknya ada caterer sediakan makanan. Kalau nak masak sendiri, lain sikit flow dia..   

Dan seterusnya boleh la lantik AJK. Ajk penginapan. Walaupun organizer dah survey, dah booking bilik, boleh je lantik orang lain jadi Ajk. Peranannya masa hari event. Ajk penginapanlah yang akan agihkan kunci bilik, tengok kot2 family ada masalah bilik. Kot ada keperluan tukar bilik. Apa2 lah  yang berkaitan. Ajk makanan. Walaupun ada caterer, elok juga ada penjaga makanan. Kang ada yang ambik ayam 4,5 ketul dah orang lain x dapat makan. Ajk sukaneka & ajk hadiah << yang ni memang kena collaborate. Bendahari, untuk collect duit. Dan apa2 ajk lagilah yang dirasakan bersesuaian. Emcee jangan lupa. Pastikan dia seorang yang becok dan kaypoh. :D

Di hari eventnya pulak, biasanya check in pukul 2.. Jadi jangan terus start aktiviti pukul 2. Bagi masa untuk family rehat2 dulu, ambik nafas dulu... mana yang sesat, biar dia sesat dulu... hehehe. Start pukul 4 just nice. Bergantunglah pada aktiviti yang nak diadakan. Tapi apa2 hal pengurusan masa sangat penting. Kalau dalam buku program tulis start pukul 4, mesti start pukul. Mesti punctual, jangan delay. Kalau yang first dah delay, sampai ke aktiviti terakhir akan delay, silap2 ada aktiviti yang xdapat buat.

Rasanya tu je kot, antara perkara2 basic dan penting yang perlu tahu. Kena try dulu. Dah buat nanti, baru dapat pengalamannya. Kat bawah ni Kak Ina bagi contoh perjalanan program Hari Keluarga kami.  


17 Januari 2015
Masa
Program
2.00
Check In / Rehat / Solat
4.00
Taklimat Hari Keluarga
Edar goody bag/cenderahati/tshirt
Minum Petang
Sukaneka
7.30
Solat Maghrib Jemaah
Bacaan Doa Selamat/Yassin/Tahlil Ringkas
Makan Malam
Sambutan Hari Lahir Bulan Januari
Cabutan Bertuah – setiap keluarga kena sediakan satu hadiah bernilai sekurang2nya RM20
**Indoor games / Karaoke dll
18 Januari 2015
7.30
Senamrobik
Sarapan
Sukaneka
10.30
Penyampaian Hadiah
Sesi fotografi
11.00
Mandi, kemas2, rehat
12.00
Check Out & Makan tengahari
** bergantung pada perkakasan/masa

Sukaneka yang dijalankan adalah seperti di bawah. Bolehlah kalau sesiapa nak buat modal.. ;-) Enjoy the piccas.

Kopek epal, dapatkan kulit terpanjang - time based

Sepit kacang guna chopstick, masukkan dalam cawan - time based

Asyik kanak2 je kena tiup belon, kita bagi pak pak pulak.. Tiup belon sampai besar.

Makan kek pisang sampai habis

Musang berjanggut. Asingkan gula-gula. Tapi guna mulut.

PHD - permainan hasad dengki. Pijak belon orang bagi pecah. Jaga belon sendiri.

Senamrobik di pagi hari. Masa ni pukul 7.30am. Bagus u olls berpagi2. I loike!

Rebut gula2.. Haha, dah xnampak gegulanya. Semua dah masuk dalam baju.

Makan roti sampai habis. Roti 80 sen tu je pun. Ingatkan senang je. Rupanya cabaran juga buat orang yang x suka perisa coklat filing roti tu. Haha...

Pancing ikan. Ikan ada lah 7,8 ekor.

Makan epal gantung. Kesian.. Haha...

Dalam agenda tahun ni ada 2 lagi event family day yang kami akan join. Satu, family day opis Abg Din. Kami peserta jelah. Lagi satu, family day family Abg Din. Yang ni InsyaAllah sekali lagi Kak Ina akan jadi penganjur... 

Orite, semoga entry ni bermanfaat pada yang berkenaan. 

Adioss~~!!