Monday, July 24, 2017

5H 4M di Sabah

Assalamualaikum & Salam Hormat,

Sebenarnya kan, Kak Ina ada 22 post berstatus draft. Tu maknanya ada cerita nk tulis tapi masa tidak mengizinkan... Namun, hari ni Kak Ina nak tulis cerita baru yang masih fresh.. yang memorinya masih clear... Kalau dah lambat2 mesti x tulis juga jawabnya nanti.. (will update the 22 posts. Definitely, InsyaAllah. :P)

Jumaat lepas, Alhamdulillah kami sekeluarga besar berpeluang berchoti ke Sabah. Bersama abah dan mak, family Makngah dan Maksu&Paksu... Abah Kak Ina lah yang beriya sangat yang ajak berjalan ni. Siap sponsor tiket Air Asia. Tanpa promotion! & mak sponsor sewa 3 family room di Promenede Apartment untuk 2 malam. Huwaaa... terharu. Mucha gracias abah & mak.. Doakan kami diluaskan rezeki dan boleh belanja abah dan mak jenjalan.. Jadi, bagi melancarkan perjalanan kami di sana, Kak Ina aturkan jadual perjalanan. Ni memang pekerjaan tetap Kak Ina lah kot. The planner. So, untuk post Sabah yang 1st ni Kak Ina nak kongsikan maklumat program kami. Barangkali boleh dijadikan rujukan untuk readers di luar sana.. 




Makan dalam flight.. ayah payoongggg~~!!


Kami ke sana selama 5 hari 4 malam.. 14-18 Julai 2017. Seramai 8 orang dewasa, 6 orang kanak-kanak dan Padol comey busyu ibu (1 baby).

14hb Julai 2017
- bertolak ke KLIA2 seawal 2.30am menaiki 2 MPV. Pandai2lah susun beg dan orang. InsyaAllah muat. Parking di KLIA2 selama 5 hari dengan kos RM178 sebuah kereta. Kenapa x naik teksi? Kalau naik teksi, kami memerlukan 3 buah teksi pergi dan balik. Kak Ina dah kira dah, lebih mahal kosnya. Kaedah lain, minta tolong sesiapa hantarkan, bayo la upah sewajarnya. Tapi sebab kami nk gerak di awal pagi, maka malas lah nak susahkan orang.


- Flight jam 6.25am. Boarding jam 5.59am. Penting untuk tahu boarding time sebab sesetengah orang dia tengok flight jam 6.25am dia rasa dia ada banyak masa. Tu yang banyak terjadi kes terlepas flight tu. Kalau dapat crew yang x boleh tolak ansur, goodbye! Pagi tu, kami jadi orang terakhir boarding sbb solat Subuh dulu di gate yang bukan gate berlepas. Haa ni satu hal juga. Tak semua gate ada tandas dan surau, so pilihlah toilet & surau yang paling dekat dengan gate anda. Kami dah pilih surau terdekat dah tu. Haaa.. seperkara lagi, Abg Din yang dah banyak kali terbang pun x perasan hal ni. Betullah orang kata, kalau tiada pengalaman, belum tentu kita ada pengetahuan. Web check in is not available for passenger travelling with infant!!! Kak Ina TERbaca terms ni di website. Inilah yang menyebabkan kami keluar jam 2.30am walaupun flight jam 6.30am. Ada beberapa kategori passenger lagi yang x boleh web check in. Boleh semak di website Air Asia. 


 

**kalau nak makan Chicken Lasagna buatlah pre-order.. Asyik xde je.. sob..


- Tiba di KK, kami sewa 1 Exora dan 1 Avanza pandu sendiri. Tapi nak pandu sendiri ni kena buat research sikitlah. Lokasi tempat-tempat yang kita nak pegi. Keadaan muka bumi, keadaan jalan dan sebagainya. Cara nak buat research tu, bacalah blog dan review orang. InsyaAllah pasti boleh! Tapi kalau nk ambil pakej pun boleh juga... Modal besar sikitlah. Oh ya, kami menyewa dengan Cikgu Raziman (0129600702), Exora RM150 sehari, Avanza RM160 sehari. TQ Cikgu!




Ok, tempat-tempat yang kami lawati pada hari pertama ni ialah:





Kami dinner di pekan Kundasang. Ngam2 ketika azan Maghrib, pada jam 6.30pm lebih kurang. (waktu solat ko x boleh ingat dengan tepat kan. Pok pale) Sejuk ya Allah. Sejuk sangat. Adnin sampai terkencing dekat kedai makan. Huhu.. sorry tuan kedai. Masakan kat restron ni sedap juga. Harga mahal sikit. Tapi kalau sedap dan portion tidak sikit, harga boleh dimaafkan. Hahaha boleh cenggitu??

   
Sumber gambar: google maps


Dan selepas makan, barulah kami check in, kira2 jam 8 malam kot. Kami menginap di Greenhill Homestay selama 2 malam dengan kos RM350 semalam. Ada 3 bilik with bathroom. Ada living hall comel siap sofa, meja makan dan tv. Ada peti sejuk, iron with iron board, dapur masak, almari kabinet dilengkapi pinggan mangkuk cawan jug sudu senduk segala.. dan juga water boiler and warmer. Tuan homestay sangatlah baik. Siap tolong basuhkan dan keringkan baju (dengan sedikit bayaran dikenakan). Dan masa check out, siap diberi souvenir lagi.. *hepiii*  

Selesai episod Day 1...

15hb Julai 2017
Hari kedua di Kundasang, hujan... selebat-lebat hujan. Sedikit sedih, tapi hujan kan rahmat Allah. Redha. Sementara menanti hujan teduh, kami bersarapan di Restoran Syah Adilah. Restron ni disyorkan oleh tuan homestay. Dekat pun dekat. Jalan kaki pun boleh. Masakannya semua sedap2. Harga ok lah. Nak kata mahal, tidaklah mahal. Sesuai dengan kuantiti dan kelazatannya.. waahh puji lebih..




Watan Ho Seafood RM8
Konlow mee ayam RM5


Konlow mee seafood RM6 kot

Nasi goreng chicken chop RM6

Nasi ayam chicken chop.. RM5.50
Selesai sarapan, hujan masih belum berhenti. Tapi kami teruskan juga aktiviti seperti di dalam jadual. Kalau x ikut jadual jawabnya x pergi lah tempat tu nanti. Aktiviti hari ni ialah:


Setiap tempat ni perjalanannya jauh2. Kecuali Ladang Teh dan Fish SPA tu terletak bersebelahan je. Dan dalam perjalanan dari Poring ke Fish SPA kami singgah makan di Sungai Lohan Cafe. Tiada siapa recommend tempat ni. Kak Ina pun x sempat nak google satu pun tempat makan untuk trip kali ni. Namun rezeki kami, terlajak jalan, konon nak u-turn kat situ, terus singgah.. SEDAP!!  Hihihi..

Sumber gambar: google maps

Day 3
16hb Julai 2017
Seawal pukul 8 lagi kami dah check out. Memang homestay tu jadi tempat tidur, mandi dan tempat tinggalkan beg baju jelah. Pagi dah keluar, malam baru balik.. :D Hari ni masih lagi breakfas di Restoran Syah Adilah. Senang. Dekat. Lepas makan, kami meneruskan misi lawatan ke:

- singgah sebentar di Kinabalu Park
- bergegas ke Pasar Gaya
- makan malam ikan bakar berhampiran bulatan todak
- melihat pemandangan bandar KK di Signal Hill
- ke Pasar Malam Kampung Air 


Gedik2 di beranda homestay... xde chance nak snap gambar 'honeymoon'
Hari ketiga ni kami check in di Promenede Apartment. Tips untuk dapat harga murah >> Booking online. Bukan booking pun, bayar penuh. Lebih murah, banyak beza. Untuk Family Room, super duper spacious room, 2 queen bed, RM113/nite. Kalau walk in, RM168 bro! . Beza RM55 tu! Actually kalau nk kongsi bilik boleh aje.. besar kot.. tapi Kak Ina xnak sebab malas lah tido pakai tudung. Duduk baring pun kena sopan2 kan..


Dengan tuan tanah yang baik hati

Bilik dlm gambar ni kecil. Bilik yang kami duduk lebih besar dari ni... perabut sama.. Sumber gambar: sini


17hb Julai 2017


Happy Birthday Naufal my beloved son..~~!! Hari ni birthday Naufal dan hari ni sepatutnya kami ke zoo. Tapi hujan lebat. Lebat sangat. Walau bagaimanapun kami masih menaruh harapan. Pergi juga ke Lok Kawi. Namun hujan masih belum berhenti. Staf kaunter tiket maklumkan x sesuai kalau nk masuk juga. Tram tidak disediakan. Yelah, haiwan2 pun mesti masuk ke sarang kan.. Ikutkan, selepas beraktiviti di Lok Kawi Wildlife Park, kami sepatutnya ke Monsopiad Heritage Village. Tapi Monsopiad ni pun tempat terbuka. Xdapat pergi jugalah.


Dapat gambar luar je

Makngah, Khayla dan Opah sempat posing


Akhirnya kami patah balik ke Kota Kinabalu dan menuju ke Pasar Philiphine. Pasar Philiphine ni bukanlah tempat yang sesuai untuk keluarga dengan anak2 kecil seperti kami ni. Terbalik jugalah 2 bakul gelang mutiara gara-gara ibu x perasan tangan kecil comel dah mencapainya..

Barisan gerai menjual keropok2 buatan Sabah di luar sebelah kanan pasatr Filiphine. Sempatlah beli ni 2 pek besar untuk bawa ke ofis.. :D

Selepas bersoping di Pasar Philiphine, kami menikmati makan tengahari di Restoran D'Lengkuas di Sembulan. Pemilik restron ni orang Kelantan. Patut la Kak Ina tengok ada laksam & nasi kerabu, juga gulai kawah. Seronok sikit rasa hati sebab dah 2x breakfas di KK kami makan di kedai mamak. Ada kot kedai makan orang Melayu, cuma x jumpa & x tahu..
Restoran D'Lengkuas ni adik ipar Makngah yang propose.. Payah juga nak cari.. tu restron yang khemah putih tu... **gambar google maps 


Lepas makan, solat di Masjid Negeri Sabah dan seterusnya menghabiskan masa di dalam Imago Shopping Mall. Dalam mall ni ada pula persembahan tarian alu-alu. Dapatlah menghiburkan anak-anak dan juga diri sendiri... *kira cover lah sikit x dapat pergi ke Monsopiad tu. dan seterusnya kami ke Tangjung Aru, untuk menikmati ABC Gunung Kinabalu..


Naik keretapi dalam IMAGO Mall... free, tapi boleh hulurkan sumbangan seikhlas hati untuk anak2 OKU.


Lupa nak posing kat masjid chantek ni.. dapatlah gambar atok sekeping

Perjalanan hari ke4 yang sudah berubah jadual:


- Lok Kawi Wild Life Park Pasar Philiphine
- Monsopiad Heritage Village Imago Shopping Mall- Perdana Park x pegi sebab hujan
- diner di Tanjung Aru
- Pasar malam Sinsuran pun x pegi, dah penat


Sedikit frust jadual hari ke 4 ni banyak x cover. Xpelah, ada la hikmah yang kita xtahu. Nampak chantek dah perancangan kita, tapi Maha Chantek lagi perancangan Allah.

Day 5

18hbJulai 2017
Akhirnya... hari terakhir.. sob sob.. nak balik dah... Flight jam 2.05pm. 9am kami dah check out. Breakfas di deretan kedai di hadapan Pasar Philiphine. Hari ni hujan lagi. Jadi, kami x kemana-mana dah la.. melainkan 'menghabiskan' sisa-sisa pocket money di kedai sebelah kedai makan.

Keseluruhannya, alhamdulillah percutian kali ni sangat menyeronokkan walaupun ada jadual yang tergendala. Tapi, untuk makluman, trip dengan anak-anak kecil yang ramai ni sangatlah mencabar. X semudah 'bersiap dan gerak' je. As parents kita kena banyak bersabar. Bukan parents je, tapi kesemua ahli rombongan. Anak-anak ni banyak je ragamnya.. mana yang tetiba termuntah 2,3x nak kena salin baju.. yang nak pegi tandas, lepas sorang kencing tetiba sorang nak berak. Kak Ina kadang2 hangin juga.. Ye lah bayangkan lah kita tengah makan tetiba ada yang nk ke tandas.. baru balik tandas tetiba sorang lagi nak pegi... tapi kalau malas dilayankan, ce bayangkan kalau kita yang tiba2 sakit perut tu. X ke mencicit nk ke toilet.. pastu yang tido dalam kereta bila sampai destinasi x nak turun, siap nangis sbb tido x puas. Dah masuk dalam kedai minta itu ini, yang mana ada bendanya kita x boleh nk belikan.. hahahahah... macam2 lah... Jadi, susulan dari perkara-perkara ini, perhatian tu memang lebih pada anak2 jelah... Gambar2 pun ada yang x dapat nk petik... & Kak Ina mohon maaflah, kalau ada yang x dapat souvenir dari Kak Ina.. bukannya Kak Ina kedekut, tapi x sempat nk fikir, main ambik je apa yang ternampak di mata dan affordable.. nak pilih2, belek2 memang x lah.. sekali balik rumah, kira punya kira dah x cukuppppp pulakkkk... ya ampun la kawan2 sedara mara oi... 

Lentok dah semua.. sampai la KLIA2... settleee

Keseluruhan perbelanjaan kami 7 beranak di Sabah selama 5H4M (bermula keluar pintu rumah sampai masuk pintu rumah balik) adalah lebih kurang RM3500. **tidak termasuk kos tiket flight dan apartment yang disponsor. 


   
Daki gunung jauh sekali...
Ke pulau pun, bukan masanya lagi...
InsyaAllah, doakan kami diluaskan rezeki...
Padol besar sikit kami nak pegi lagiiiiii!!!!!


Tunggu ya, next entry.. :D


No comments: