Perjalanan dari Tamparuli ke Kundasang pastinya akan membuatkan anda berhenti di sini. Samada sengaja mahupun tidak sengaja. Sengaja sebab anda dah tahu apa yang ada di sini. Tidak sengaja sebab, barangkali anda rasa nak ke tandas atau rasa dahaga atau rasa nak kunyah2. Hehehe.. Keadaan jalan dari Tamparuli ke sini agak berlekok2.. dengan gaung kadang2 di kiri jalan, kadang2 di kanan jalan atau kadang2 di kiri kanan jalan. Dan jalan pun kadang2 menurun bukit, kadang2 mendaki bukit. Pada sesetengah orang, perjalanan begini membosankan. Tapi pada Kak Ina, tidak. Sebab pemandangan di kiri kanan jalan, SubhanAllah.. chanteekk sangat.
Haa... letak lah sejam perjalanan.. kot2 ada lori drive 30,40 kmj je depan kita |
Ni je yang dapat snap.. Kak Ina pangku Fadhal. Payah nak handle kamera (handfon je) sebelah tangan. Kadang2 terlepas dah menggagau pulak nak cari kat bawah seat.. hihi..
Selain pemandangan indah ni, di sepanjang jalan banyak je kedai2 makan. Tapi buat yang Muslim hati2 ya.. kalau ada signage SINALAU BAKAS tu, xyah la berhenti... Sinalau bakas tu maksudnya ROASTE D WILD BOAR.. ada paham??? kalau x faham boleh google image.. erkk...
Sambung cerita Pekan Nabalu. Apa yang ada di sini? Kat sini ada gerai2 menjual pelbagai souvenir & ada lookout point puncak Gunung Kinabalu. Kalau cuaca baik, tidak berkabus, memang chantek sangatlah berposing kat sini. Kali ni kami tiada rezeki.. kabus tebal, hari nak hujan..
Gambar google maps pekan nabalu dari tepi jalan tahun 2015 |
xsempat nk berfamily potrait.. yg lg 4 tu mood x chantek sbb dikejutkan dari tido.. |
awan tebal... tah di mana puncak gunung kinabalunya.. x nampak.. :D |
Tips penting wajib tahu: Barang2 kat sini lebih murah dari yang dijual di KK (mana-mana pasar kraftangan). Fridge magnet, tshirt, purse.. mcm2 lah.. contoh perbezaan harga, makngah beli tshirt kat sini selepas tawar dapat RM12.50 sehelai. Kak Ina beli di KK tshirt yang sama, selepas tawar bermatian-matian, dapat RM15. RM2.50 je kan. Tapi kalau beli 7 helai x ke rugi RM17.50. Ingat tu! Nak beli souvenir beli kat sini. Masa Kak Ina beli di KK perasan nak patah balik ke Pekan Nabalu tu membuak2 taw. Haha.. tunggu jelah 5,6 tahun lagi. Panjang umur murah rezeki, bawa duit banyak2 kat sini. Berbaloiii..
pst: Kat sini banyak anjing yang mesra alam.. huhuhu.. hati2 kang terkena basah2, kena sertu pulak, xkoseee.
No comments:
Post a Comment