Trip kali ni merupakan trip kali ke3 Kak Ina ke Sabah. Kali ke 2 datang pada tahun 2010. Masa tu sarat mengandungkan Umairah. ;-) Masa tu kami jalan juga ke Kundasang, ke Ranau tapi x bermalam pun di Kundasang, dan Desa Cattle Dairy Farm ni pun xde lagi... Teruja sangat nk pegi sebab semua orang cakap macam kat New Zealand.. Fooh!
Perancangan sebenar nak ke Dairy Farm ni seawal 8 pagi. Sekali hujan turun dengan lebatnya SubhanAllah.. stranded lah kami sehingga jam 9.30 lebih kurang menunggu hujan teduh. Laluan ke Dairy Farm agak mendaki bukit (gunung sebenarnya kot). Seram juga nak bawa naik Exora, jln licin, ada lori kat depan.. ada lah beberapa tempat yang agak tinggi yang menyebabkan Exora mengaum sekali dua.. haha..
Sampai kat sana, lembu xdeeeee.. ada, tapi nun jauh di sanaa... hujan kot.. lembu pun xnak main hujan... nampaklah dari kejauhan tompok2 hitam putih. Nak tunjuk kat Fadhal pun, mcm x bermakna je. Tak kenal dia objek apakah yang sibuk sangat Ibu suruh tengok. Tapi pemandangan kat sana, Allah Allah... chanteknya ya Allah... x hairanlah kalau kat sini je Kak Ina snap lebih 100 keping gambar (sikit je kot 100).
Selain daripada aktiviti lihat2 lembu & ambil gambar je, kat sini ada juga aktiviti beri lembu minum susu (dlm botol) dan beri kambing makan dedaun (Daun kuchai. Itulah daun yang Kak Ina perasan hari tu). Sebenarnya kalau datang di sebelah petang, kita dpt lihat proses memerah susu lembu.
Di sini juga ada dijual aiskrim, susu lembu, yogurt, puding, selain daripada souvenir seperti magnet fridge dan tshirt. Sempatlah Kak Ina belikan anak2 aiskrim dan sekeping magnet fridge untuk kenang-kenangan..
Oh ya, lupa pula. Nak masuk tidak perchoma ya. Tapi bayaran yang dikenakan x mahal pun. Satu kepala dewasa = RM5. Student/children (5-12) = RM4.
Enjoy the piccas~~!!
tempat perah susu lembu. kita boleh lihat dari atas, dipisahkan dengan cermin. |
No comments:
Post a Comment