Thursday, July 27, 2017

Tagal Fish SPA Sg Moroli

Dari Poring ke Fish SPA, google maps tunjukkan 2 jalan. As usual, maps akan bawa kita ikut jalan yang lebih cepat sampai instead of kilometre kan. Kalau tgk kat gambar bawah ni, jalan biru 19.3 km, while jalan kelabu 20.3km. Beza 1 km je. Tapi disebabkan ada lekok ke bawah tu, then macam kena patah balik, kami (Kak Ina) pun pilih route biru. Sekaliiiiiiii... hahaha.. lihatlah gambar google ni... Google pun x masuk sampai habis jalan.. keh keh keh.. Belum 1 km masuk ke dalam, kami dah tanya sorang pakcik kat tepi jalan, jalan ni boleh pegi ke Fish SPA x? Dia kata boleh, so konfidenlah sikit. Seram juga, tapi sbb 2 kereta berani2kan lah.. Masuk ke dalam sikit ada kampung.. Ok dah nampak orang, up sikit berani tu... Tapi pandangan Kak Ina lah, kalau korang naik four wheel drive xpelah lalu jalan ni. Naik Exora, haih.. sian kot kereta... walaupun bukan kereta kita... Kalau ada banyak masa ikutlah route kaler kuning tu... 

Circle merah tu jalan dia mak aiiii... kalau naik hilux sedap lah meloncat2 sana sini...

Tadaaa.. kecil kan.. selisih kete sengsara

Ni jln yang nampak chantek.. masuk depan sikit.. hui mak kawah merata2.. 
Pada siapa Kak Ina nak lontarkan pandangan tah, kat blog ni jelah.. jalan tu boleh la dinaiktaraf. Rasanya orang yang melancong ke Ranau ni memang nak pegi 3 tempat tarikan ni... Poring, Fish SPA dan Sabah Tea.. kalau jalan dah kecik macam ni, signage apatah lagi kan... Kalau x, masakan kami terlajak ke Cafe Lohan tu.. ok, xpe lah.. pandailah 'korang' buat keje... Tapi, kepada readers, harap info ni dapat membantu.

Mana cerita ikannya x sampai2 lagi.. hahaha

Penting untuk tahu: Fish SPA ni tutup pukul 5!!! Kami sampai jam 4.30pm. Ada hikmah juga termasuk jalan kecik tu tadi.. Kalau ikut jalan luar tak merasa la gigitan chenta ikan kelah oii.. Mula-mula jumpa kaunter beli tiket. Harga tiket RM5 dewasa, RM2 kanka-kanak. Tapi ni untuk 15 minit sahaja. Mak aii boleh tahan... Dah beli tiket, pegi parking... Kat kawasan parking kereta ni ada gerai2 jualan. Tapi sebab dah lewat petang, kebanyakan gerai dah tutup. Yang masih buka pun sedang berkemas nk tutup. Sebelum dapat ke tepi sungai kena dapatkan no giliran dulu. Sebab kami antara 2 group terakhir, dipersilakanlah masuk tanpa perlu menunggu giliran. Dan penjaga giliran pun biarkan je kami menikmati sepuas2nya pengalaman kat situ sbb dah xde orang datang dah (lebih 15 minit).


Yang hitam2 tu ikan lah tu






Kak Ina x turun pun... Tgk dari tebing je. Maka x dapatlah kena gigit dengan ikan... Tah.. xnak.. haha..

Dah petang.. matahari dah mula melabuhkan tirai. Ayohh kita gi Ladang Teh pekena teh sechawan..

No comments: