Assalamualaikum... Halluuu...
Kak Ina tgk kat stat, ada orang baca post Sabah kak ina... mesti tertunggu-tunggu next entry kan.. krik krik.. perasan... Sorry lambat update sbb kebizian...
Selepas selesai lawatan kami di Desa Cattle Dairy Farm, kami terus gerak ke Poring Hot Spring. Sebelum tu singgah di Pekan Kundasang, beli buah-buahan potong buat bekalan dalam perjalanan. (Bekallah sangat, tak sampai 15 minit licin dah semua).
Gerai buah dan sayur di tepi jalan pekan Kundasang. Ni gambar google maps tahun 2015. Sekarang ni ada lebih banyak lagi gerai buah dan sayur.. **gambar google lagi...! |
Perjalanan dari Kundasang ke Poring mengambil masa dalam 30 ke 40 minit juga, dan melalui pekan Ranau. Kak Ina rasa Bandar Ranau kot. Sebab kat sini fasilitis nya lebih banyak. Ada bank, klinik, supermarket, post ofis, kedai-kedai.. hospital pun ada.. Jadi, kalau rasa nak bawa bekal, boleh singgah beli kat sini. Bekal = air mineral ke, air kotak, biskut2, roti dll.. Ada Speedmart kat sini. Kalau belum makan pun rasanya boleh makan kat sini. Dalam perjalanan, kami nampak je kedai makan, tapi muncul je perasan "halal ke?" "sedap ke?" "ada ke orang makan sini?" "kedai makan ke ni?" hahaha..
Teko di tgh bulatan di Ranau... TEA tu terpotong dari SABAH TEA. Snap gambar dlm kereta bergerak macam nilah gayanya.. |
Di Poring, masuk kena bayar.. RM3 untuk yang berumur 18 tahun ke atas. (X ingat untuk kanak-kanak berapa RM, ke x payah bayar sbb x jumpa tiket anak). Ramai betul pengunjung kat sini. Foreigners mahupun locals. Ingatkan bulan raya x ramai orang. Jadi, harapan nak mandi kat kolam air panas tu memang terkubur lah. 'Diorang' je berendam. Kami mandi di 'open bath tub'. Nama je open, tapi kena bayar. Kiranya 2x bayarlah masuk sini. RM3 untuk dewasa dan RM1 untuk yang berumur 7-17 tahun. Dan open bath tub ni air sejuk. X merasalah nak mandi air panas.
Berhampiran open bath tub ni ada restron. Kami x makan pun kat situ. Tapi tengok2 juga harga jualan. As expected, kalau dah ada satu je tempat makan di tempat-tempat 'berhibur' macam ni mestilah harganya pun ala-ala hipster kan. Hahaha.. Tapi, ada stall goreng pisang dan Kak Ina recommend goreng pisang dia... Sedap baq hang.. Harganya x ingat, tapi boleh lah.. 2,3x repeat juga kami beli.
Selesai mandi-manda, solat dulu, sebelum teruskan perjalanan ke Tagal Fish SPA di Sg Moroli... Daaa...
No comments:
Post a Comment