Monday, July 24, 2017

Jambatan Tamparuli

Dari Rumah Terbalik kalau nk singgah di pekan Tamparuli kena masuk simpang di sebelah kanan.. Jalan Tamparuli Lama.. kalau jalan terus je x jumpa pekan ni. Tarikan di pekan ni ialah, jambatan gantung yang lebih dikenali Jambatan Tamparuli. Sempat kami berposing-posing di atas jambatan. Menyeberang? Tidak... gayaatt.. Cukuplah menyeberang menaiki kereta di jambatan di sebelah bawah tu. Tu pun seram2 juga. Sebab jambatan tu tiada penghadang di kiri kanan dan hanya muat untuk satu hala sahaja. Maknanya kena bergilir2 lah nak lalu jambatan ni... Kami singgah solat di masjid di pekan ni. Tips: kalau nak ke Kundasang, solat siap2 di Tamparuli atau kawasan sebelum. Sebab nanti xjumpa dah tempat solat. Makluman dari orang tempatan, surau ada, tapi sukar utk kita kenal memandangkan bangunan surau sama seperti rumah2 orang. Kak Ina memang xnampak pun surau dalam perjalanan seterusnya ke Kundasang. Oh ya, alert dengan waktu solat ya.. seronok2 berjalan terlupa pula waktu solat kat sini awal sejam. :D




Jambatan ni kalau kita jalan dia bergoyang2 taw. Nama pun jambatan gantung.

Chantek juga view dari atas jambatan ni



Kat belakang Makngah tu ada jual ikan masin kot. Dah packing chantek2 dah. Penggerai xde pulak panggil2 ajak tgk, so kami pun x menyinggah lah.. hahah.. boleh??

Ada kedai makan. Tapi x tgk menu apa yg ada sbb kami dah makan sebelum sampai Rumah Terbalik tadi..
Hoccay... jumpa lagi dalam next entry..

No comments: